Mazda CX-9 spesifikasi Malaysia kini dilancarkan – SUV tujuh-tempat duduk, 2WD/4WD, dari RM281k

Mazda CX-9 spesifikasi Malaysia kini dilancarkan – SUV tujuh-tempat duduk, 2WD/4WD, dari RM281k

Setelah ditampilkan di khalayak ramai minggu lalu, Mazda CX-9 spesifikasi Malaysia akhirnya dilancarkan secara rasmi untuk pasaran tempatan. Seperti yang pernah dimaklumkan sebelum ini, SUV tujuh-tempat duduk ini hadir dengan dua varian iaitu 2.5L 2WD dan 2.5L 4WD, iaitu masing-masing ditawarkan pada harga atas jalan (tanpa insurans) RM281,449 dan RM297,349.

Sebelum ini, Bermaz Motor hanya mempertaruhkan CX-9 spesifikasi Australia yang diperkenalkan pada tahun lalu, ia ditawarkan dengan harga RM286,749 (2WD) dan RM302,649 (AWD). Ini bermakna harga bagi CX-9 spesifikasi Malaysia lebih murah iaitu kedua-duanya sebanyak RM5,300.

Malah bagi pasaran Malaysia, ia turut hadir dengan beberapa ciri lain iaitu penggunaan lampu nyalaan siang LED, berbanding unit halogen. Selain itu, ia turut dilengkapi dengan lampu utama LED adaptif (ALH) dan cermin sisi boleh laras secara auto dengan satu sentuhan bersama lampu isyarat. Ciri-ciri luaran lain yang masih dikekalkan ialah lampu kabus LED, bumbung matahari berkuasa dan roda aloi 20-inci.

Mazda CX-9 spesifikasi Malaysia kini dilancarkan – SUV tujuh-tempat duduk, 2WD/4WD, dari RM281k

Untuk kabinnya, elemennya turut dikekalkan, antaranya sistem kawalan suhu auto tiga-zon, balutan kulit upholstery, tempat duduk pemandu berkuasa dengan tatapan memori, Paparan Pemanduan Aktif jenis-projektor, sistem infotainmen MZD Connect dengan skrin sesentuh lapan-inci dan sistem bunyi Bose 12-pembesar suara.

Bagi aspek pengendalian dan keselamatannya, CX-9 versi Malaysia turut dilengkapi dengan Mazda G-Vectoring Control, Lane Departure Warning System (LDWS), Lane Keep Assist System (LAS) dan Driver Attention Alert (DAA), yang turut ditampilkan dengan Pemantauan Titik Buta (BSM), Kepekaan Trafik Lintasan Belakang (RCTA) bersama Sokongan Brek Bandar Pintar (SCBS) hadapan dan belakang.

Elemen keselamatan lain termasuklah enam beg udara (dwi hadapan, sisi dan tirai), ABS, Kawalan Kestabilan Dinamik (DSC), EBD, Sistem Kawalan Traction, dan Bantuan Mula Mendaki (HLA).

Mazda CX-9 spesifikasi Malaysia kini dilancarkan – SUV tujuh-tempat duduk, 2WD/4WD, dari RM281k

Walau bagaimana pun, beberapa elemen yang ada pada versi Australia tidak akan ada untuk CX-9 pasaran Malaysia. Ini termasuklah Mazda i-ELOOP Brake Regeneration System, Mazda i-Stop Idling Technology dan juga indikator amaran tali pinggang keledar untuk tempat duduk barisan kedua. Namun demikian, model ini masih menerima penarafan lima-bintang daripada Program Penilaian Kereta Baharu Australia (ANCAP).

Bagi bahagian mekanikalnya, ia masih mengekalkan enjin yang sama iaitu SkyActiv-G 2.5L Turbo 2WD dan SkyActiv-G 2.5L Turbo 4WD, sama seperti model versi Australia yang kami uji sebelum ini iaitu petrol 2.5 liter SkyActiv-G. Penjana kuasa ini mampu menghasilkan kuasa 228 hp pada 5,000 rpm dan tork 420 Nm pada 2,000 rpm.

Ia turut dipadankan dengan transmisi automatik SkyActiv-Drive enam-kelajuan. Penggunaan bahan apinya sekitar 8.4 liter untuk setiap 100 km bagi model pacuan dua-roda dan 8.8L/100 km bagi pacuan semua-roda.

Klik untuk besarkan

CX-9 spesifikasi Malaysia ini ditawarkan dengan lima pilihan warna, iaitu dua daripadanya adalah warna premium; Machine Grey dan Snowflake White Pearl serta warna biasa; Deep Crystal Blue, Sonic Silver, dan Jet Black.

Seperti mana yang pernah diuar-uarkan sebelum ini, Bermaz telah mempertingkatkan waranti pengeluar dari tiga-tahun, kini menjadi lima-tahun. Maka, CX-9 ini juga ditawarkan dengan waranti pengeluar selama lima-tahun/100,000 km dan penyelenggaran tiga-tahun/60,000 km. Waranti ini ditawarkan untuk semua model baharu Mazda kecuali pikap BT-50.

Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai perincian dan spesifikasi penuh CX-9 ini, sila layari CarBase.my.

GALERI: Mazda CX-9 2.5L 2WD spesifikasi Malaysia

GALERI: Mazda CX-9 2.5L 4WD spesifikasi Malaysia

Nak jual kereta anda? Jual dengan Carro.

Certified Pre-Owned - 1 Year Warranty

10% discount when you renew your car insurance

Compare prices between different insurer providers and use the promo code 'PAULTAN10' when you make your payment to save the most on your car insurance renewal compared to other competing services.

Car Insurance

Izwaashura Sadali

Ledakan adrenalin dan impak maksima. Antara barisan ayat yang paling digemari apabila menggambarkan prestasi sesebuah jentera. Sebelum terlibat di dalam industri auto pada tahun 2011, dia sekadar gemar melihat sport rim tetapi kini lebih suka menerokai kehebatan sesebuah jentera itu.

 
 

Add a comment

required

required