Proton Savvy 18 – rekaan konsep lanjutan pereka asal

Proton Savvy 18 – rekaan konsep lanjutan pereka asal

Ketika ini, tentunya kita sudah biasa dengan kerja-kerja rekaan digital yang dihasilkan oleh Saharudin Busri yang bertugas di Pusat Rekaan MIMOS. Sekadar mengingat kembali, beliau pernah mengasilkan beberapa rekaan model-model Proton yang dibayangkan semula, seperti Suprima X dan Suprima R.

Terbaru, beliau menghasilkan pula rekaan konsep bagi semua model kompak Proton yang unik sebelum ini, Proton Savvy Concept. Dan, model Savvy bukanlah terlalu asing buat beliau; ketika model berkenaan dibangunkan kira-kira 15 tahun lalu, Saharudin bertindak selaku ketua pereka untuk model berkenaan ketika itu.

Jadi, rekaan konsep yang sedang kita tatap ini bolehlah dianggap sebagai kesinambungan kepada rekaan lama yang pernah dihasilkan dulu. Paling penting, rekaan ini merupakan imajinasi terbaru pereka asalnya terhadap bagaimana model Savvy perlu hadir di masa akan datang.

Proton Savvy 18 – rekaan konsep lanjutan pereka asal

Pendekatan rekaan konsep terbaru ini cuba membawa imej “Sporty & Sexy” pada Savvy, yang sejak dulu memang disasarkan untuk pengguna muda-mudi dari generasi baru kini – ia dihasilkan agar mampu melengkapi unsur kepantasan dan gaya ranggi yang tersendiri.

Beliau menamakan rekaan ini Savvy 18; dengan harapan Proton akan dapat kembali seperti pada zaman kegemilangannya pada tahun 2018 dengan kerjasama Geely. Ia semacam satu tribute dan sekaligus sebagai sebuah harapan beliau kepada jenama Proton.

Rekaan konsep ini masih mengekalkan identiti dan unsur-unsur utama yang ada pada Savvy asal dahulu yang kemudiannya diterapkan dengan pendekataan rekaan yang lebih segar dan baru. Bentuk V yang ada pada bahagian logo hadapan dan belakang rekaan ini adalah karektor utama Savvy yang masih dikekalkan. Garis bahagian sisinya pula memberikan penampilan yang lebih tajam dan sporty yang diingini.

Proton Savvy 18 – rekaan konsep lanjutan pereka asal

Satu lagi unsur penting Savvy yang masih ditampilkan pada rekaan ini ialah sambungan garis yang bermula dari bahagian hud depan yang menyambungkan garis krom di depan dengan kemasan krom pada bahu sisi kereta ini. Dan, tak lupa juga kedudukan ekzos yang berada ditengah – semua ini ada pada rekaan asal Savvy lama.

Sentuhan baru yang diberikan pula ialah seperti pada bahagian A-pillar krom dengan rekaan ala cabriolet untuk mendapatkan garis bumbung coupe – lebih mewah dan bergaya. Untuk bahagian depan, lampu-lampunya disorok sedikit; lampu utama yang nipis tak jauh dari ruang masukan udara sisi, dengan lampu DRL yang bersambung dengan kemasan garis krom antara menjadi kelainan utama. Lampu belakang pula menggunakan elemen sports car – nampak macam 3D dan lebih moden.

Imej keseluruhannya adalah ringkas dan bersih, dengan warna dua tona antara badan kereta dan bumbungnya untuk menyuntik imej sporty. Nampak meyakinkan atau sebaliknya? Kalau anda ada apa-apa pandangan, sila kongsikan.

Proton Savvy 18 – rekaan konsep lanjutan pereka asal

Nak jual kereta anda? Jual dengan Carro.

Certified Pre-Owned - 1 Year Warranty

10% discount when you renew your car insurance

Compare prices between different insurer providers and use the promo code 'PAULTAN10' when you make your payment to save the most on your car insurance renewal compared to other competing services.

Car Insurance

Hazril Hafiz

Berkecimpung di dalam media automotif tempatan sejak 10 tahun lalu, Hafiz mengimpikan sebuah Malaysia dengan jaringan sistem pengangkutan awam yang lebih cekap dan menyeluruh. Tugas terakhirnya sebelum menyertai laman web ini ialah sebagai editor sisipan automotif sebuah akhbar arus perdana.

 

Comments

  • MOHD SHAZFIZEE MOHD SAFIE on Nov 23, 2017 at 4:11 pm

    salam…saya pminat savvy….
    pada design baru ni…ada perkara saya nk sentuh….
    1.bahagian dah cantik…cuma grill kene modi lg agar nampak kedalam sikit…
    2.bentuk cermin bahagian sisi…mesti nak sama mcm 1st savvy…kekalkan tu mmg rare…
    3.lampu depan…tipiskan…ala2 mcm lampu preve….
    4.bahagian bumper belakang…suka kalau ekzos tengah dan rupa mcm satria neo artiga…siap ada disfuser….
    5.bahagian fender boleh modi lagi….kalo boleh iras2 neo lotus…dan garisan tu terus ke sisi body blkg…
    6.ruang tayar mestilah luas….paling maksimun boleh masuk rim 17….baru telus….
    7.ekzos tengah twin tip petak diamond mcm lambo tu cun…mcm artiga…
    8.rim suka kalo ala2.vossen cvt….
    9.hiod ada air vent…sbb kalo sedia ada enjin savvy ekzos sebelah blkg…utk sistem penyejukan enjin tambahan jimat tenaga….
    10.fender depan n blkg 1st savvy menampakan bentuk….kalau boleh yg ni pun bentukan jgk….ala2 rocket bunny tp xd lah tebal sangat….
    11.enjin cadangan mit.colz 1.5L mivec/ mivec turbo…..
    12.boleh buat layout RWD…FWD…4WD….tiba masanya peminat savvy menambah skill memandu….paling molek 4WD….

    SEKIAN TQ

    Like or Dislike: Thumb up 7 Thumb down 2
    • Rezza on Sep 20, 2019 at 9:44 pm

      To..MOHD SHAZFIZEE MOHD SAFIE…trm ksh krn berkongsi pendapat anda disini..hny no 1&2 shj komen kpd artikel ini..tetapi no3-no12 adalah cadangan&konsep bayangan anda(copy dr model lain) yg buat hilangnya identiti savvy..Savvy18 adalah model yg diilhamkan semula dgn imej&konsep baru tanpa mghilangkn unsur2 utama savvy.Makluman(rujuk rangkap akhir artikel) kongsikan pandang@komen berkenaan SAVVY18 baru yg telah dihasilkan(rujuk gambar)&bukan cadangan…trm ksh atas apa jua pandangan anda tentang Savvy18 ini.Semoga sektor automotif negara mencapai kemajuan setanding dgn jenama antarabangsa yg lain…

      Like or Dislike: Thumb up 0 Thumb down 0
  • MOHD SYAIFUL AMER AL ZIKRI on Nov 23, 2017 at 5:26 pm

    TERBAIKKK !!

    Ini kali kita repeat.. dgr crite proton dah ade enjin Turbo Direct Injection (TDi) utk 1.0 punya.. mmg ngam kalau sumbat kt Savvy 2018 ni..

    HIDUP SAVVY !!

    Like or Dislike: Thumb up 2 Thumb down 0
  • ARIFFIN BIN RAZALI on Nov 23, 2017 at 5:53 pm

    saya perminat model proton dah sampai masanya proton perlu buat keluaran model savvy dan satria neo baru….

    Like or Dislike: Thumb up 1 Thumb down 0
  • Abg Tuan on Nov 24, 2017 at 1:57 pm

    Eik! Bukan savvy dh discontinue ke ganti dgn Iriz?

    Like or Dislike: Thumb up 0 Thumb down 3
  • siti marliza on Nov 27, 2017 at 1:20 pm

    Wah.. ini dikatakan semua kereta mewah dalam 1.
    bahagian depan mcm bently, bentuk macam mazda cx5, dari belakang mcm mini cooper.

    Like or Dislike: Thumb up 4 Thumb down 0
  • harap jadi kenyataan

    Like or Dislike: Thumb up 3 Thumb down 0
  • Jukie on Feb 18, 2018 at 8:06 pm

    Sy pengguna kereta savvy, tetapi savvy tidak mendapat tempat di hati rakyat Malaysia bukan kerana rekabentuknya tetapi dr segi enjin yg bermasalah terutama gearbox AMT.Spare part juga mahal. Sebab itu 2nd hand value savvy terlalu rendah. Diharap utamakn enjin yg berkualiti dan spare part yg mampu milik. Rekabentuk yg baik adalah bonis

    Like or Dislike: Thumb up 4 Thumb down 0
  • SURAYA on Mar 08, 2018 at 12:32 pm

    sy peminat savvy ,tapi harap savvy yg dikeluarkan kali ni tidak membebankan pengguna untuk repair kenderaan ni . harap savvy 18 jd kenyataan ,

    Like or Dislike: Thumb up 2 Thumb down 0
  • SURAYA on Mar 08, 2018 at 12:33 pm

    harap savvy yg dikeluarkan kali ni tidak membebankan pengguna untuk repair kenderaan ni . harap savvy 18 jd kenyataan ,reka bentuk pun da semakin moden

    Like or Dislike: Thumb up 2 Thumb down 0
  • Imran on May 29, 2018 at 12:08 pm

    Rekabentuk luaran Terbaik Fresh, Harap bahagian dalaman terutama Dashboard termasuk miter mesti canggih n futuristik baru ngam dengan bhg luar.

    Like or Dislike: Thumb up 0 Thumb down 0
  • Mr. Tears on Nov 08, 2019 at 9:24 pm

    Sebagai pemilik savvy manual, saya sangat teruja dengan design terbaru ni.

    Like or Dislike: Thumb up 0 Thumb down 0
 

Add a comment

required

required