SPYSHOT: Nissan Serena 2018 dikesan di atas treler

SPYSHOT: Nissan Serena 2018  dikesan di atas treler

Pada Oktober lalu, kami memaparkan foto pertama Nissan Serena baharu yang diuji di Malaysia, dan kali ini kami mengesan MPV tersebut yang diangkut menggunakan trailer. Dua unit Serena baharu ini dalam perjalanan menuju ke MASkargo berhampiran Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), kemungkinan besar untuk dihantar ke Japan Automobile Research Institute (JARI) untuk ujian perlanggaran ASEAN NCAP.

Walau pun kenderaan tersebut dilitupi, namun roda aloi lima-jejari baharu dan gerbang roda yang lebih ketara menampakkannya sebagai Serena baharu. Tidak seperti sebelum ini, unit tersebut nampak kosong tanpa kit badan dan roda aloi dua-tona. Kebarangkalian terdapat lebih dari satu varian yang bakal ditawarkan. Turut kelihatan ialah lampu kabus belakang dan menunjukkan ia sebagai versi pasaran Malaysia.

Kuasanya mungkin didatangkan dengan enjin S-Hybrid yang sama seperti sebelum ini, iaitu gabungan enjin MR20DD petrol 2.0 liter suntikan-terus empat-silinder yang mampu menghasilkan output sehingga 147 PS pada 5,600 rpm dan tork 210 Nm pada 4,400 rpm, serta kombinasi motor penjana kuasa/penghidup 1.8 kW/200 dengan output sehingga 50 Nm untuk ledakan pendikitan, bersama Xtronic CVT.

Dengan model semasa Serena S-Hybrid yang dijual di Malaysia sebagai model pemasangan tempatan (CKD), adakah yang terbaharu ini bakal menjejaki langkah yang sama? Model lain bagi Nissan untuk Malaysia yang dalam perancangan termasuk kenderaan elektrik Leaf generasi kedua, yang dijangka diperkenalkan di sini pada tahun hadapan.

GALERI: Nissan Serena 2018

Nak jual kereta anda? Jual dengan Carro.

Certified Pre-Owned - 1 Year Warranty

10% discount when you renew your car insurance

Compare prices between different insurer providers and use the promo code 'PAULTAN10' when you make your payment to save the most on your car insurance renewal compared to other competing services.

Car Insurance

Izwaashura Sadali

Ledakan adrenalin dan impak maksima. Antara barisan ayat yang paling digemari apabila menggambarkan prestasi sesebuah jentera. Sebelum terlibat di dalam industri auto pada tahun 2011, dia sekadar gemar melihat sport rim tetapi kini lebih suka menerokai kehebatan sesebuah jentera itu.

 
 

Add a comment

required

required