Volvo S60 dan V60 Polestar World Champion Edition – edisi khas rai kemenangan FIA WTCC musim 2017

Volvo S60 dan V60 Polestar World Champion Edition – edisi khas rai kemenangan FIA WTCC musim 2017

Sempena kemenangan Volvo S60 TC1 dalam kejohanan Touring Car Dunia FIA (WTCC) tahun ini, jenama automotif dari Sweden berkenaan memperkenalkan pakej edisi terhad Polestar Performance World Champion Edition untuk sedan S60 dan versi wagon V60, bagi meraikan kejayaan tersebut.

Pakej ini diboleh diserasikan semua varian iaitu D4, D5, T5 dan T6. Pakej Polestar Performance World Champion ini terdiri dari rim Polestar berdiameter 19-inci, tayar UHP, diffuser belakang serta spoiler but baharu. Manakala untuk bahagian dalaman pula, ia hanya ditambah dengan tombol gear Polestar.

Bukan sekadar estetika, pakej ini turut melibatkan kerahan kuasa tambahan dengan pemadanan sistem ekzos logam tahan karat yang lebih lawas, penapis udara sport dan juga talaan enjin Polestar Optimisation yang membolehkan enjin menghasilkan 10 hp dan 50 Nm lebih dari jumlah asal, bersama penukaran gear lebih pantas dan respon pendikit yang lebih tajam. Talaan penyerap hentak dan spring turut dibuat semula untuk pengendalian lebih baik.

“Jurutera dari Polestar dan Cyan Racing telah bekerjasama dalam pembangunan kejuruteraan untuk kereta-kereta jalan raya Polestar untuk sekian lama. Jadi inilah sebabnya kami patut meraikan pencapaian yang luar biasa dinobatkan sebagai Juara Dunia dengan memberikan lebih prestasi kepada kereta yang telah digunakan untuk musim ini. Kami menghasilkan cebisan sejarah yang boleh dimiliki oleh ramai pemilik Volvo,” kata Christian Samson, individu yang bertanggungjawab menghasilkan produk dan pembangunan di Polestar.

Nak jual kereta anda? Jual dengan Carro.

10% discount when you renew your car insurance

Compare prices between different insurer providers and use the promo code 'PAULTAN10' when you make your payment to save the most on your car insurance renewal compared to other competing services.

Car Insurance

Mohd Farid Awaludin

Farid mula menggilai kereta dengan menghafal logo dan jenama kereta ketika berumur 4 tahun, dan selanjutnya belajar membaiki kereta di institut kemahiran awam tempatan. Selalu membayangkan diri menjadi kerdil masuk ke dalam sistem mekanikal untuk diagnosis masalah dan memahamkan diri sendiri berkenaan teknologi baru. Dek selalu berangan mahu jadi seperti Tiff Needell, akhirnya diberi peluang untuk menyertai dunia media permotoran pada tahun 2012.

 
 

Add a comment

required

required