Perodua Kembara – imej render dari Daihatsu Terios

Perodua Kembara – imej <em>render</em> dari Daihatsu Terios

Awal tahun ini, Presiden dan CEO Perodua, Datuk Aminar Rashid Salleh menyatakan syarikat itu dalam pertimbangan serius untuk memperkenalkan sebuah SUV kompak – satu segmen yang semakin berkembang di Malaysia.

Maksudnya, Perodua bakal membangunkan sebuah model seperti itu yang boleh saja akan menggantikan Perodua Kembara yang ditawarkan dahulu. Dan, sebelum ini, Theophilus Chin sudah menunjukkan rekaan bayangan kenderaan itu.

Terbaru, giliran pereka tempatan Idiyaz Baharuddin pula menghasilkan imej render bagi model SUV itu juga, yang diasaskan daripada rekaan Daihatsu Terios. Bahagian depan, gril nipisnya dalam bentuk U (seperti ada Myvi) diapit oleh lampu utama, sementara bahagian gril yang lebih lebih besar terletak di bawah.

Perodua Kembara – imej <em>render</em> dari Daihatsu Terios

Perincian lain dengan sentuhan lebih bergaya termasuklah bumbung hitam dan rim rekaan turbin dwi-tona aloi yang dipadankan. Di belakang, lampu brek yang lebar dan disambungkan dengan satu jalur merah ditengah. Untuk memberikan imej off-road, kemasan hitam digunakan pada bahagian kit badan, roda dan bampar.

Jika benar Kembara akan diperkenalkan nanti, ia mungkin akan hadir dengan saiz yang sedikit lebih kecil berbanding Terios dengan tujuh-tempat duduk ini. Enjin pula mungkin akan menggunakan unit sama dengan Myvi; 1.5 liter Dual VVT-i dengan kotak gear automatik empat kelajuan.

Nak jual kereta anda? Jual dengan Carro.

10% discount when you renew your car insurance

Compare prices between different insurer providers and use the promo code 'PAULTAN10' when you make your payment to save the most on your car insurance renewal compared to other competing services.

Car Insurance

Hazril Hafiz

Berkecimpung di dalam media automotif tempatan sejak 10 tahun lalu, Hafiz mengimpikan sebuah Malaysia dengan jaringan sistem pengangkutan awam yang lebih cekap dan menyeluruh. Tugas terakhirnya sebelum menyertai laman web ini ialah sebagai editor sisipan automotif sebuah akhbar arus perdana.

 

Comments

  • Alson P on Dec 15, 2017 at 2:50 am

    Daihatsu Terios generasi ke-3 diketegorikan dalam segment-C SUV.. Jarak rodanya lebih panjang berbanding Geely Boyue.. Juga lebih lebar daripada Boyue.. Dengan harga di bawah rm80k untuk Varian 2 roda, Dan rm90k untuk Varian 4WD rasanya berpatutan jika menepati piawaian 5-bintang ASEAN ncap..

    Like or Dislike: Thumb up 5 Thumb down 1
  • haiya on Dec 25, 2018 at 11:26 pm

    klu buat design lagu ni for sure babai abih yg lain … tapi awat yg xjadi lagu ni aaaa

    Like or Dislike: Thumb up 0 Thumb down 0
 

Add a comment

required

required