Honda PCX 2018 dilancarkan di Indonesia – lebih maju

Honda PCX 2018 dilancarkan di Indonesia – lebih maju

Selain segmen motosikal bergear, skuter 150 cc juga melibatkan saingan yang hebat kerana terdapat permintaan yang baik dalam pasaran. Setelah dicabar oleh Yamaha NVX 155, kini Honda PCX telah dipertingkat dan model tahun 2018 ini sudah pun dilancarkan di Indonesia.

Selain penampilan yang lebih moden seperti PCX Hybrid, model tahun 2018 ini juga ditambah baik dengan lampu hadapan dan belakang LED, sistem tanpa kunci berserta penggera dan panel meter digital sepenuhnya. Turut diperbaiki adalah sistem brek, di mana bahagian belakang kini menggunakan set cakera. Pengguna juga disediakan dengan pilihan sistem brek ABS atau Combined Brake System (CBS).

Untuk bahagian enjin, model tahun 2018 ini masih lagi menggunakan unit sama iaitu satu silinder bersesaran 149.3 cc, dengan teknologi suntikan bahan api PGM-Fi dan penyejukan cecair. Kotak gear pula adalah unit automtik V-Matic. Walaupun masih adalah enjin yang sama, PT Astra Honda Motor (AHM) Indonesia memberitahu terdapat beberapa talaan baru yang dilakukan.

Pengendalian PCX 2018 juga dijangka menjadi lebih baik kerana ia kini menggunakan tayar yang lebih lebar, iaitu bersaiz 100/80 di hadapan, dan 120/70 di belakang. Rim pula masih bersaiz 14 inci yang sama. Bagi model PCX sebelum ini, iaitu yang sama seperti di pasaran Malaysia sekarang, ia menggunakan tayar bersaiz 90/90 di hadapan dan 100/90 di belakang. Selain daripada itu, jarak roda juga berubah lebih pendek 2 mm menjadi 1,313 mm.

Honda PCX 2018 dipasarkan di Indonesia dengan pilihan sama ada yang dilengkapi dengan ABS, atau CBS, dan pilihan empat warna. Harganya adalah antara 27 juta rupiah (RM7,717) hingga 32 juta rupiah (RM9,146). Antara kelengkapan lain pada motosikal ini adalah tangki minyak 8 liter dan tempat duduk yang dapat ditahan apabila dibuka untuk mengakses ruang simpanan.

[gallery columns=”5″ ids=”751844,751835,751842,751843,751836,751837,751838,751839,751840,751841″

Nak jual kereta anda? Jual dengan Carro.

Certified Pre-Owned - 1 Year Warranty

10% discount when you renew your car insurance

Compare prices between different insurer providers and use the promo code 'PAULTAN10' when you make your payment to save the most on your car insurance renewal compared to other competing services.

Car Insurance

Durrani Sharom

Mempunyai latar belakang yang pelbagai termasuk sebagai pengurus tapak, pemandu van/lori dan pelbagai lagi, Durrani akhirnya masuk ke dalam bidang penulisan automotif lapan tahun lalu. Apa sahaja yang beroda dan berenjin membuatkan beliau teruja dan beliau percaya ‘mesin pengangkutan' ini sepatutnya adalah sesuatu yang mampu memberikan pengalaman menyeronokkan kepada penggunanya.

 
 

Add a comment

required

required