Jika anda perasan, setiap kereta rali yang bertanding mempunyai nombor plat pendaftaran sama seperti kereta jalan raya biasa. Untuk pengetahuan anda, ia sebenarnya adalah nombor pendaftaran yang sah dan bukan dibuat hanya untuk kelihatan cantik.

Ini kerana kereta rali bukan berlumba di litar, sebaliknya pada jalan raya awam yang ditutup, dan untuk bergerak dari satu SS ke SS yang lain serta ke service park, kereta rali perlu berjalan sendiri, bukan menaiki lori tunda.

Jadi adakah ini bermaksud kereta rali sesuai untuk dibawa untuk kegunaan jalan raya biasa dan digunakan di dalam bandar? Secara teorinya, tiada masalah kerana suspensi dan juga radius pusingan stereng kereta rali sememangnya direka untuk kegunaan luar litar dan tiada isu untuk masuk simpang (signal kereta ini berfungsi seperti kereta normal), buat pusingan-U mahupun parkir di tempat letak kereta biasa.

Bagaimana pula tentang hal praktikaliti? Menerusi video terbaharu dari CarAdvice, mereka diberi peluang menguji aspek ini dengan memandu kereta rali sebenar Hyundai i20 WRC meredah bandar Sydney, Australia serta membuat berberapa perkara harian seperti pergi membeli-belah dan juga membeli makanan di premis pandu lalu KFC.

Bagaimana keadaannya? Anda patut menonton sendiri video di atas.

Nak jual kereta anda? Jual dengan myTukar.