WRC Corsica: Thierry Neuville dari Hyundai menang; empat juara berbeza untuk empat pusingan tahun ini

WRC Corsica: Thierry Neuville dari Hyundai menang; empat juara berbeza untuk empat pusingan tahun ini

Pemandu Pasukan Rali Dunia Hyundai, Thierry Neuville dan juruarah Nicolas Gilsoul menjuarai Rali Tour de Corse, Perancis iaitu pusingan keempat dalam kalendar WRC tahun ini, menjadikan empat pusingan yang telah berlangsung sebelum ini dimenangi oleh empat orang pemandu berbeza.

Keputusan seperti ini sememangnya ditagih oleh peminat-peminat WRC memandangkan musim-musim sebelumnya ia dilihat agak bosan kerana terlalu didominasi oleh sebuah pasukan dan seorang pelumba sahaja, tanpa saingan kompetitif dari pelumba lain.

Neuville bertarung sengit dengan pemenang WRC Mexico tahun ini, Kris Meeke dari Citroen yang telah mendahului perlumbaan sejak hari pertama. Jentera Citroen C3 WRC Meeke walau bagaimanapun mengalami masalah pada hari kedua rali, membolehkan Neuville memintasnya.

Juara keseluruhan tahun lalu dan pemenang WRC Monte Carlo, Sebastien Ogier dari pasukan M-Sport Ford, hanya mampu berpuas hati di tempat kedua setelah jenteranya turut mengalami masalah pada hari kedua di mana Fiesta WRC yang dipandunya hanya dipacu roda belakang dan penukar gear pada stereng tidak berfungsi kerana masalah hidraulik yang hadapi.

Nasib malang terus menimpa Ogier pada hari ketiga apabila keretanya kehilangan kuasa, tiada sistem anti-lag dan juga brek tangan tidak berfungsi. Tempat ketiga untuk WRC Corsica tahun ini diisi oleh seorang lagi pemandu Hyundai iaitu Dani Sordo, membolehkan pasukan berkenaan mendominasi rali ini di podium dengan kemenangan 1-3.

Pemenang Rali Sweden, Jari-Matti Latvala dari pasukan Toyota menamatkan pusingan kali ini pada kedudukan keempat. Walau bagaimanapun, Latvala telah menggungguli Power Stage di Perancis ini dengan pemanduan yang disifatkannya sebagai ‘crazy attack‘, membolehkannya memungut lima mata kejuaraan tambahan.

Dengan keputusan pada pusingan keempat ini, Sebastien Ogier masih lagi dikedudukan atas carta kejuaraan dengan 88 mata, meninggalkan Jari Matti-Latvala di tempat kedua dengan 75 mata. Juara kali ini, Theirry Neuville pula berada ditempat ketiga dengan 54 mata. Setelah tamat pusingan yang diadakan pada permukaan tar di Perancis ini, kesemua pasukan yang bertanding akan bergerak ke Argentina pula untuk rali batu kerikil yang bakal berlangsung pada 27 April ini.

Nak jual kereta anda? Jual dengan Carro.

Certified Pre-Owned - 1 Year Warranty

10% discount when you renew your car insurance

Compare prices between different insurer providers and use the promo code 'PAULTAN10' when you make your payment to save the most on your car insurance renewal compared to other competing services.

Car Insurance

Mohd Farid Awaludin

Farid mula menggilai kereta dengan menghafal logo dan jenama kereta ketika berumur 4 tahun, dan selanjutnya belajar membaiki kereta di institut kemahiran awam tempatan. Selalu membayangkan diri menjadi kerdil masuk ke dalam sistem mekanikal untuk diagnosis masalah dan memahamkan diri sendiri berkenaan teknologi baru. Dek selalu berangan mahu jadi seperti Tiff Needell, akhirnya diberi peluang untuk menyertai dunia media permotoran pada tahun 2012.

 
 

Add a comment

required

required