Agensi kerajaan akan ada unit keselamatan jalanraya

Agensi kerajaan akan ada unit keselamatan jalanraya

Ketika melancarkan kempen keselamatan jalanraya anjuran Kawasaki Malaysia semalam, Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Liow Tiong Lai turut memaklumkan satu cadangan telah diusulkan agar setiap agensi kerajaan membentuk satu unit keselamatan jalanraya sendiri tahun ini. Langkah itu bertujuan untuk meningkatkan kesedaran terhadap isu-isu berkaitan keselamatan jalanraya.

Menurut Liow, cadangan berkenaan telah pun disampaikan kepada Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA), lapor Bernama. “Kami mengambil contoh daripada amalan di tapak pembinaan di mana unit keselamatan dan kesihatan pekerja yang ada memberi kesan yang sangat baik terhadap faktor keselamatan pekerja-pekerja yang terlibat,” tambah beliau.

“Kerajaan tidak sekadar mahu mengenakan saman kepada pesalah trafik sebagai satu-satunya cara untuk meningkatkan kesedaran. Selalu juga kami dituduh ingin mengutip wang daripada orang-ramai. Apa yang kami ingin capai ialah supaya setiap individu menyedari betapa pentingnya menjaga keselamatan nyawa masing-masing,” ujar Liow lagi.

Beliau turut memaklumkan, tahun ini kementeriannya akan memberi keutamaan kepada kempen keselamatan jalan raya dalam kalangan penunggang motosikal dan pembonceng untuk mengurangkan kadar kematian kelompok ini ketika kemalangan.

Antara cadangan yang akan dipertimbangkan ialah untuk memastikan penunggang motosikal yang ingin mengambil lesen motosikal berkuasa tinggi B perlu terlebih dahulu mendapatkan lesen B2. Ketika ini, individu berusia 16 tahun ke atas boleh mengambil lesen B tanpa perlu mendapatkan lesen B2 terlebih dahulu.

Nak jual kereta anda? Jual dengan Carro.

10% discount when you renew your car insurance

Compare prices between different insurer providers and use the promo code 'PAULTAN10' when you make your payment to save the most on your car insurance renewal compared to other competing services.

Car Insurance

Hazril Hafiz

Berkecimpung di dalam media automotif tempatan sejak 10 tahun lalu, Hafiz mengimpikan sebuah Malaysia dengan jaringan sistem pengangkutan awam yang lebih cekap dan menyeluruh. Tugas terakhirnya sebelum menyertai laman web ini ialah sebagai editor sisipan automotif sebuah akhbar arus perdana.

 
 

Add a comment

required

required