Yamaha Lexi 125 dilancar di Indonesia – adik NMax

Yamaha Lexi 125 dilancar di Indonesia – adik NMax

Yamaha Indonesia telah melakukan satu kejutan kepada para media di sana apabila melancarkan sebuah model skuter maxi baru yang dinamakan sebagai Lexi 125. Kini dalam kategori skuter maxi Yamaha di Indonesia, selain model baru ini, terdapat model NMax 155, Aerox 155 (NVX) dan XMax 250.

Lexi 125 mempunyai saiz hampir sama seperti NMax, tetapi dikuasakan oleh enjin lebih kecil iaitu unit satu silinder suntikan bahan api berkapasiti 124.7 cc dengan teknologi VVA dan BlueCore. Transmisi yang digunakan adalah automatik V-belt, dan padanan ini mampu menghasilkan 11.7 hp pada 7,000 rpm dan 8.75 kw pada 8,000 rpm.

Berat keseluruhan Lexi 125 adalah 112 kg dan ia menyediakan tangki bahan api berkapasiti 4.2 liter. Dengan semua perincian ini, apabila dibandingkan dengan NMax, Lexi adalah 15 kg lebih ringan, tangki bahan api lebih kecil 2.4 liter dan kurang 3 hp daripada kuasa enjin.

Walaupun begitu, Lexi 125 tetap didatangkan dengan pelbagai kelengkapan yang dapat memberi kesenangan kepada pengguna termasuk ruang simpanan bawah tempat duduk 12.8 liter, soket pengecas 12V, smart motor generator yang dapat membantu enjin menjadi lebih senyap, pengunci brek tangan, lampu hadapan LED, tayar tanpa tiub dan tempat letak kaki yang luas.

Pada bahagian hadapan skuter ini, terdapat fork teleskopik, brek cakera dan rim 14 inci dengan tayar 100/90 manakala di belakang terdapat penyerap hentak dengan tabung gas, brek dram dan rim 14 inci dengan tayar 90/90. Panel meter yang disediakan pula adalah unit digital dengan paparan seperti NVX. Sistem brek ABS tidak dilengkapi pada Lexi 125.

Buat masa ini, Yamaha Indonesia hanya mendedahkan harga untuk model biasa Lexi iaitu di bawah Rp 20,000,000 (RM5,828), manakala harga satu lagi varian iaitu Lexi-S masih belum disiarkan. Lexi-S mempunyai kelengkapan tambahan seperti kunci pintar dengan sistem penggera dam lampu amaran kecemasan.

Nak jual kereta anda? Jual dengan Carro.

10% discount when you renew your car insurance

Compare prices between different insurer providers and use the promo code 'PAULTAN10' when you make your payment to save the most on your car insurance renewal compared to other competing services.

Car Insurance

Durrani Sharom

Mempunyai latar belakang yang pelbagai termasuk sebagai pengurus tapak, pemandu van/lori dan pelbagai lagi, Durrani akhirnya masuk ke dalam bidang penulisan automotif lapan tahun lalu. Apa sahaja yang beroda dan berenjin membuatkan beliau teruja dan beliau percaya ‘mesin pengangkutan' ini sepatutnya adalah sesuatu yang mampu memberikan pengalaman menyeronokkan kepada penggunanya.

 
 

Add a comment

required

required