KTM RC390 R – sedia untuk perlumbaan, 500 unit saja

KTM RC390 R – sedia untuk perlumbaan, 500 unit saja

KTM telah mengeluarkan satu model versi khas, sedia untuk perlumbaan (mengikut kelulusan kategori Supersport 300) iaitu RC390 R. Model ini hanya akan dihasilkan sebanyak 500 unit untuk seluruh dunia, dan di Eropah, harga yang disiarkan adalah €8,500 (RM40,823).

Keistimewaan model ini adalah ia dilengkapi dengan suspensi WP yang boleh dilaras sepenuhnya depan dan belakang, tapak pemegang fork baru serta kit pemegang yang lebih rendah untuk kedudukan lumba yang lebih agresif. Kemudiannya, tuil brek dan klac juga ditukar dengan unit yang boleh terlipat sekiranya terjatuh.

Pada bahagian enjin, unit satu silinder 373.2 cc padanya diberikan nafas baru dengan corong salur udara yang lebih pendek, demi menghasilkan powerband yang lebih luas. Walaubagaimanapun, jumlah kuasanya tidak disiarkan, sementara dalam keadaan asal, ia mampu menghasilkan 44 hp.

KTM RC390 R – sedia untuk perlumbaan, 500 unit saja

Sekiranya itu masih tidak mencukupi, KTM juga ada menyediakan kit khas dipanggil SSP300 untuk RC390. Melalui kit ini, anda boleh menjadikan RC390 lebih lengkap untuk perlumbaan dan ia terdiri daripada 230 barangan yang diluluskan untuk perlumbaan Supersport 300.

Ini termasuk set lengkap ekzos titanium Akrapovic EVO02 bersama ECU perlumbaan, klac slipper STM, quickshifter, sistem pendawaian khas, rim tambahan, pilihan gear, sistem penyejukan yang diperbaik dan kit badan penuh untuk perlumbaan. Dalam masa satu tahun, KTM hanya akan mengeluarkan 50 unit kit ini dan ia dijual pada harga €11,000 (RM52,830).

Nak jual kereta anda? Jual dengan Carro.

10% discount when you renew your car insurance

Compare prices between different insurer providers and use the promo code 'PAULTAN10' when you make your payment to save the most on your car insurance renewal compared to other competing services.

Car Insurance

Durrani Sharom

Mempunyai latar belakang yang pelbagai termasuk sebagai pengurus tapak, pemandu van/lori dan pelbagai lagi, Durrani akhirnya masuk ke dalam bidang penulisan automotif lapan tahun lalu. Apa sahaja yang beroda dan berenjin membuatkan beliau teruja dan beliau percaya ‘mesin pengangkutan' ini sepatutnya adalah sesuatu yang mampu memberikan pengalaman menyeronokkan kepada penggunanya.

 
 

Add a comment

required

required