Hyundai Vision Concept akan buat penampilan sulung di Geneva – tunjuk rekaan Fluidic Sculpture 3.0?

Hyundai Vision Concept akan buat penampilan sulung di Geneva – tunjuk rekaan Fluidic Sculpture 3.0?

Dengan Geneva Motor Show yang menjadi pentas untuk pengeluar kenderaan seluruh dunia menayang rekaan-rekaan terbaru yang dihasilkan, Hyundai tentunya tidak ingin ketinggalan. Ada tiga model dijangka ditunjukkan, dua daripadanya sudahpun diumumkan.

Hyudai Kona Electric dan NEXO yang dikuasakan oleh hidrogen merupakan model-model baru yang sudah didedahkan sebelum acara itu, dan ini menjadikan hanya satu lagi model yang belum pernah dilihat setakat ini, iaitu Hyundai Vision Concept.

Ada yang menjangkakan, model konsep terbaru itu akan mempamerkan arah tuju rekaan terbaru bagu jenama berkenaan. Mungkinkah pendekatan rekaan Fluidic Sculpture 3.0? Menurut laman media rasmi syarikat itu, “semua model akan datang Hyundai akan menggunakan tema rekaan baru, yang akan memberi tumpuan terhadap elemen rekaan utama seperti imbangan bahagian (proportion), seni bina, penggayaan dan teknologi.

“Yang menjadi dasar utamanya ialah untuk mempertemukan warisan rekaan sporty dan khusus jenama ini untuk menghasilkan kenderaan yang nampak progresif yang melangkaui sempadan antara bentuk dan fungsi. Konsep berkenaan diterjemahkan di dalam rupa baru berkenaan.”

“Barisan model yang dipamer di Geneva Motor Show 2018 memberi penekanan terhadap semangat mobiliti untuk masa hadapan dan Hyundai bersedia untuk merintis perubahan ke arah itu. Melalui Kona Electric dan NEXO, kami menunjukkan bahawa kenderaan bebas emisi sudah bersedia untuk pasaran umum. Kereta konsep baru ini pula akan mempamerkan bagaimana model-model baru kami akan tampil,” ujar CEO Hyundai Motor Europe, Thomas A. Schmid.

Selain itu, Hyundai turut akan mempamerkan model lain seperti i10, i20, i30 dan Tuscsan Special Edition. Tidak ketinggalan ialan barisan kereta “GO!” Special Edition dengan warna Champion Blue sebagai tema untuk acara Piala Dunia FIFA tahun ini. Hyundai menjadi rakan kenderaan rasmi bagi kejuaran di Rusia nanti.

Nak jual kereta anda? Jual dengan Carro.

Certified Pre-Owned - 1 Year Warranty

10% discount when you renew your car insurance

Compare prices between different insurer providers and use the promo code 'PAULTAN10' when you make your payment to save the most on your car insurance renewal compared to other competing services.

Car Insurance

Hazril Hafiz

Berkecimpung di dalam media automotif tempatan sejak 10 tahun lalu, Hafiz mengimpikan sebuah Malaysia dengan jaringan sistem pengangkutan awam yang lebih cekap dan menyeluruh. Tugas terakhirnya sebelum menyertai laman web ini ialah sebagai editor sisipan automotif sebuah akhbar arus perdana.

 
 

Add a comment

required

required