Mazda MX-5 2019 akan dapat 180 hp dari enjin NA?

Mazda MX-5 2019 akan dapat 180 hp dari enjin NA?

Rasanya kereta convertible dengan saiz kecil seperti Mazda MX-5 perlukan lebih banyak kuasa? Pasti ada peminat-peminatnya yang berharap janaan kuasa dari kereta ini lebih daripada yang ada sekarang; iaitu 158 hp dari enjin 2.0 liternya.

Bagi mereka yang berharap itu, mungkin ada berita baik. Menurut laporan sebuah majalah kereta di US, Road & Track, dari fail VIN terbaru menunjukkan MX-5 mungkin akan menerima peningkatan kuasa kuda yang agak ketara bagi model tahun 2019 nanti.

Dokumen berkenaan, yang difailkan kepada pihak US NHTSA pada 27 Februari lalu menunjukkan MX-5 akan kekal menggunakan enjin 2.0 liter, tetapi dengan peningkatan kuasa baru sehingga 181 hp. Model berkenaan di pasaran AS kini mengasilkan 155 hp sahaja.

Adakah peningkatan kuasa sebanyak 17% bagi sebuah enjin NA SkyActiv-G boleh dicapai? Majalah itu agak ragu-ragu, dan menyatakan bahawa enjin berkenaan setakat ini mampu menghasilkan setakat 162 hp pada Mazda 3 ditempat lain, dan dokumen VIN berkenaan tidak pula menyatakan tentang penggunaan turbo atau supercas.

Mazda MX-5 2019 akan dapat 180 hp dari enjin NA?

Bagaimana pula dengan enjin SkyActiv-X? Mengikut Mazda, MX-5 tidak akan menerima enjin baru ini dalam masa terdekat. Jadi kebarangkaliannya mungkin sangat tipis. Laporan berkenaan juga menyatakan, bagi mendapatkan pertambahan 26 hp bukanlah satu perkara yang mudah, terutama ketika perlu mengambil kira peraturan pembebasan sisa pembakaran enjin.

Menurut laporan itu lagi, naik taraf aftermarket terhadap sistem intake, ekzos dan ECU juga hanya mampu menambah sekitar 12 hp pada enjin berkenaan. Jadi, jika berita ini benar, Mazda mempunyai sesuatu yang istimewa untuk diumumkan nanti.

Majalah berkenaan juga meminta komen Mazda berkaitan hal itu, tetapi yang diterima hanyalan jawapan “selamat” dan mereka menolak untuk memberi sebarang spekulasi terhadap produk-produk akan datang. Apa pun pengesahannya, hanya pengumuman rasmi sahaja yang dapat menjawabnya.

Nak jual kereta anda? Jual dengan Carro.

Certified Pre-Owned - 1 Year Warranty

10% discount when you renew your car insurance

Compare prices between different insurer providers and use the promo code 'PAULTAN10' when you make your payment to save the most on your car insurance renewal compared to other competing services.

Car Insurance

Hazril Hafiz

Berkecimpung di dalam media automotif tempatan sejak 10 tahun lalu, Hafiz mengimpikan sebuah Malaysia dengan jaringan sistem pengangkutan awam yang lebih cekap dan menyeluruh. Tugas terakhirnya sebelum menyertai laman web ini ialah sebagai editor sisipan automotif sebuah akhbar arus perdana.

 
 

Add a comment

required

required