Volkswagen Touareg 2018 ditunjuk menerusi video

Volkswagen bakal mendedahkan generasi ketiga bagi Touareg bulan ini di China, dan telah pun menyiarkan video teaser baharu menjelang SUV bersaiz besar itu dilancarkan. Walau pun masih dalam balutan penyamaran, namun rekaannya masih dapat dilihat dengan agak jelas.

Berikutan tempo yang ditetapkan oleh Tiguan dan Atlas, Touareg juga ditampilkan dengan penggayaan yang lebih tajam berbanding sebelum ini. Apa yang boleh kita lihat, rekaannya tidaklah jauh berbeza dengan model sebelum ini.

Dari bentuk dan rupa unit pencahayaannya hingga ke fender, sedikit berlekuk pada tingkap pintu belakang dan spoiler belakangnya.

Volkswagen pernah berkata sebelum ini, Touareg bakal menerima lebih banyak teknologi baharu. Ini termasuklah Innovision Cockpit, yang menampilkan sistem infotainmen baharu, di samping suspensi udara dan stereng roda-belakang.

Touareg baharu ini dilaporkan bakal menggunakan platform MLB Evo yang telah digunakan oleh Audi Q7, Porsche Cayenne, Lamborghini Urus dan Bentley Bentayga. Dijangkakan enjin petrol dan diesel akan ditawarkan, malah PHEV juga khabarnya akan menjadi sebahagian pilihan.

GALERI: Spyshot Volkswagen Touareg 2018

Nak jual kereta anda? Jual dengan Carro.

Certified Pre-Owned - 1 Year Warranty

10% discount when you renew your car insurance

Compare prices between different insurer providers and use the promo code 'PAULTAN10' when you make your payment to save the most on your car insurance renewal compared to other competing services.

Car Insurance

Izwaashura Sadali

Ledakan adrenalin dan impak maksima. Antara barisan ayat yang paling digemari apabila menggambarkan prestasi sesebuah jentera. Sebelum terlibat di dalam industri auto pada tahun 2011, dia sekadar gemar melihat sport rim tetapi kini lebih suka menerokai kehebatan sesebuah jentera itu.

 
 

Add a comment

required

required