Imej rasmi Kia Ceed Sportwagon baharu tapi dengan resolusi rendah telah pun disebarkan. Bakal dipamerkan di Geneva Motor Show minggu ini, Ceed SW merupakan versi wagon bagi Ceed lima-pintu hatchback generasi ketiga yang didedahkan bulan lalu.

Hadapan dan sisi SW ini, agak mirip dengan Ceed hatchback, seperti yang dijangka. Malah model Kia segmen-C baharu bagi Eropah ini juga memiliki rekaan yang lebih diperkemaskinikan dan membawakan aura sebagai Kia yang moden.

Garisan bumbung wagon ini telah dipanjangkan dan pengkadarannya yang nampak baik, tetapi rekaan dan penggayaan belakangnya dikatakan kurang menarik. Walau pun ia nampak iras hatchback, namun lampu belakangnya memiliki bentuk yang berlainan dan elemen LED juga kelihatan lebih unik, mudah membezakan ia adalah elemen tersendiri bagi SW. Corong palsu yang terletak di sudut bamper juga sepadan dengan hadapan.

Teknologi, imej dalaman dan enjin pastinya lebih kurang Ceed hatchback, dengan pilihan 1.4 liter MPI (100 PS), 1.0 liter T-GDi (120 PS) dan Kappa 1.4 liter T-GDi (140 PS) yang menggantikan penjana kuasa lama NA 1.6 liter GDI, menawarkan 4% lebih kuasa dan tork.

Serta diesel termasuklah enjin U3 baharu Kia yang direka menepati standard emisi Euro 6d TEMP terkini. Enjin 1.6L CRDi hadir dengan kuasa 115 PS dan 136 PS. Semua enjin didatangkan dengan manual enam-kelajuan, walaupun 1.4L T-GDi dan 1.6L CRDi juga hadir dengan automatik dwi-klac tujuh kelajuan.

Seperti sebelum ini, Ceed baharu bakal diperbuat di Slovakia untuk pasaran Eropah. Produksi hatchback bermula Mei, dengan jualan di Eropah mulai hujung suku kedua.

GALERI: Kia Ceed hatchback