Lynk & Co 02 didedahkan – juga bakal dijual di Eropah

Lynk & Co 02 didedahkan – juga bakal dijual di Eropah

Lynk & Co telah mendedahkan secara rasmi model terbaru mereka yang dipanggil sebagai 02. Model ini adalah model ketiga yang dikeluarkan oleh syarikat milik Zhejiang Geely Holding itu, selepas SUV 01 dan sedan 03. Memiliki bentuk sebuah crossover, 02 dibina atas platform Compact Modular Architecture (CMA) Volvo yang juga digunakan untuk XC40.

Menurut Autocar UK, 02 juga bakal disediakan dengan pilihan enjin seperti XC40, termasuk unit tiga silinder 1.5 liter yang berkemungkinan disokong sistem hibrid, plug-in hybrid atau juga elektrik penuh pada masa hadapan. Kotak gear automatik klac berkembar tujuh kelajuan akan digunakan untuk enjin 1.5 liter ini, manakala model PHEV dikatakan dapat menawarkan jarak pergerakan menggunakan elektrik sehingga 50 km.

Secara visualnya, 02 nampak seperti 01 yang dikecilkan, tetapi ia kelihatan lebih rendah di atas jalan. Antara elemen yang dikongsi antara dua model ini adalah termasuk rekaan lampu hadapan dan lampu belakang – dengan kemasan krom di tengah tertulis ‘Lynk & Co’.

Model 02 juga nampak lebih dinamik hasil penggunaan kemasan hitam di keliling lengkuk tayar yang lebih lebar, dan ia diwarnakan hitam. Sementara itu, bahagian bawah bampar hadapan, rim serta side skirt juga boleh dipilih dengan warna kontras berbanding keseluruhan warna badan kenderaan.

Untuk bahagian dalam, 02 masih lagi mengekalkan elemen sama seperti model Lynk & Co yang lain, termasuk corong pendingin hawa melintang, sistem informasi dan hiburan dengan skrin sesentuh besar serta panel instrumen digital. Rekaan roda stereng, dan susunan butang di konsol tengah juga hampir sama, tapi terdapat panel hiasan antara skrin tengah dan corong pendingin udara.

Lynk & Co telah pun mula menjual kenderaan mereka di China sejak tahun lepas, dan mereka mendedahkan perancangan untuk melakukan langkah sama di Eropah. Lokasi pertama yang disasarkan adalah Amsterdam, kemudiannya diikuti Barcelona, Berlin, Brussels dan London. Untuk pengeluaran, ia akan dilakukan di Ghent, Belgium bermula akhir tahun 2019.

Nak jual kereta anda? Jual dengan Carro.

10% discount when you renew your car insurance

Compare prices between different insurer providers and use the promo code 'PAULTAN10' when you make your payment to save the most on your car insurance renewal compared to other competing services.

Car Insurance

Durrani Sharom

Mempunyai latar belakang yang pelbagai termasuk sebagai pengurus tapak, pemandu van/lori dan pelbagai lagi, Durrani akhirnya masuk ke dalam bidang penulisan automotif lapan tahun lalu. Apa sahaja yang beroda dan berenjin membuatkan beliau teruja dan beliau percaya ‘mesin pengangkutan' ini sepatutnya adalah sesuatu yang mampu memberikan pengalaman menyeronokkan kepada penggunanya.

 
 

Add a comment

required

required