Subaru Forester 2019 – teaser terkini didedah sebelum ditampilkan di New York International Auto Show

Subaru Forester 2019 –  <em>teaser</em> terkini didedah sebelum ditampilkan di New York International Auto Show

Subaru telah mendedahkan satu lagi teaser bagi model Subaru Forester 2019 serba baharu, yang dijadualkan bakal ditampilkan di New York International Auto Show 2018. Tidak seperti yang didedahkan sebelum ini, kali ini ia memberikan lebih banyak perincian bagi bahagian belakang SUV ini.

Kelihatan ia hadir dengan lampu belakang bentuk-C baharu yang lebih signifikan berbanding model semasa. Bukan sahaja nampak lebih kecil, elemen ‘C’ ini nampak lebih jelas, sekaligus memberikan imej yang lebih segar.

Di sekitar lampu belakang, kelihatan ruang yang agak berlekuk pada bahagian tailgate, salah satunya pasti untuk meletakkan pemegang nombor plat. Pada bahagian bawah, kelihatan pula sedikit kepingan berwarna perak, untuk tempat ekzos, yang disatukan ke bampar belakang berwarna hitam. Manakala lencana ‘Touring’ pula menunjukkan Forester ini untuk salah satu varian tertinggi bagi Forester serba baharu ini.

Hasil rendering untuk Subaru Forester generasi kelima

Dibandingkan teaser ini dengan imej rendering yang disarankan, didapati tiada bahagian berlekuk pada tailgate. Tambahan pula, tiada kekemasan langsung pada lampu belakang dan bampar belakang juga ternyata agak berbeza.

Apa pun, semuanya akan didedahkan di New York tidak lama lagi, walau pun mungkin model ini banyak mengekalkan bentuk sedia ada seperti model generasi ke-empat. Dijangka enjin boxer empat-silinder dari jenama ini (termasuk hibrid), CVT dan sistem Symmetrical All Wheel Drive turut akan ditampilkan, bersama sistem bantuan pemanduan dan keselamatan EyeSight.

GALERI: Subaru Forester 2.0i-S generasi ke-empat

Nak jual kereta anda? Jual dengan Carro.

Certified Pre-Owned - 1 Year Warranty

10% discount when you renew your car insurance

Compare prices between different insurer providers and use the promo code 'PAULTAN10' when you make your payment to save the most on your car insurance renewal compared to other competing services.

Car Insurance

Izwaashura Sadali

Ledakan adrenalin dan impak maksima. Antara barisan ayat yang paling digemari apabila menggambarkan prestasi sesebuah jentera. Sebelum terlibat di dalam industri auto pada tahun 2011, dia sekadar gemar melihat sport rim tetapi kini lebih suka menerokai kehebatan sesebuah jentera itu.

 
 

Add a comment

required

required