Trak pikap konsep Honda Civic Type R didedahkan

Trak pikap konsep Honda Civic Type R didedahkan

Honda Reveals Civic Type R Pickup Truck concept

Jangan gosok mata anda, kerana apa yang anda lihat ini adalah gambar sebenar, bukan mimpi atau imej bayangan. Ya, ini adalah trak pikap Honda Civic Type R, dan ia dibina sendiri oleh satu pasukan dalam divisi kejuruteraan produk di Honda of UK Manufacturing (HUM) Swindon. Dinamakan sebagai ‘Project P’, trak pikap ini didedahkan di acara tahunan Society of Motor Manufacturers and Traders (SMMT) Test Day.

Konsep untuk menghasilkan trak pikap ini agak mudah dimana pasukan berkenaan menggunakan Civic Type R FK8 standard kemudian membuat pengubahsuaian bermula tiang-B dan kebelakang. Bumbung bahagian berkenaan, tiang-C, pintu tailgate, tempat duduk belakang dibuang dan bahagian tersebut diubahsuai menjadi bed belakang sehingga ke kawasan but belakang.

Bed berkenaan diberikan kemasan chequered plate atau ‘lantai bas’ dan bahagian tersebut turut diperkukuhkan dengan sports bar. Walau bagaimanapun, spoiler belakang FK8 yang bersaiz besar berkenaan masih kekal ditempatnya, tetapi direka agar ia mudah untuk dibuka bagi memudahkan kerja untuk memuatkan barang yang besar. Akhir sekali, pikap Type R ini diberikan warna badan Rallye Red.

Menurut Honda UK, sistem mekanikal trak pikap konsep ini masih lagi sama dengan Civic Type R standard. Jadi ia dijana enjin petrol 2.0 liter VTEC DOHC Turbo berkuasa 320 PS/400 Nm, bersama kotak gear enam-kelajuan manual memacu roda hadapan.

Trak pikap konsep Honda Civic Type R didedahkan

Honda Reveals Civic Type R Pickup Truck concept

Trak pikap ini didakwa mampu untuk melakukan pecutan 0-100 km/j dalam masa tidak sampai enam saat sebelum mencapai kelajuan maksima melebihi 265 km/j, menjadikan ia berkemungkinan trak pikap paling pantas di jalan raya UK. Mod pemanduan Comfort, Sport dan +R juga masih kekal pada trak pikap ini.

“Kami mempunyai divisi projek khas di kilang Swindon dan projek ini merupakan peluang hebat untuk pasukan bagi menunjukkan apa minda kreatif mereka boleh hasilkan. Keghairahan yang jurutera kami ada untuk Honda dipersembahkan dalam hasil kerja terbaharu kami dan kami juga akan mempertimbangkan untuk membawanya ke Nürburgring bagi melihat adakah ia boleh mencatatkan rekod trak pikap pacuan roda hadapan terpantas!” kata Alyn James, ketua untuk projek trak pikap konsep ini.

Walau bagaimanapun, Honda tidak merancang untuk menghasilkan trak pikap Honda Civic Type R ini dalam bentuk produksi, dan buat masa sekarang ia hanya dibina sebuah sahaja.

Nak jual kereta anda? Jual dengan Carro.

Certified Pre-Owned - 1 Year Warranty

10% discount when you renew your car insurance

Compare prices between different insurer providers and use the promo code 'PAULTAN10' when you make your payment to save the most on your car insurance renewal compared to other competing services.

Car Insurance

Mohd Farid Awaludin

Farid mula menggilai kereta dengan menghafal logo dan jenama kereta ketika berumur 4 tahun, dan selanjutnya belajar membaiki kereta di institut kemahiran awam tempatan. Selalu membayangkan diri menjadi kerdil masuk ke dalam sistem mekanikal untuk diagnosis masalah dan memahamkan diri sendiri berkenaan teknologi baru. Dek selalu berangan mahu jadi seperti Tiff Needell, akhirnya diberi peluang untuk menyertai dunia media permotoran pada tahun 2012.

 
 

Add a comment

required

required