GST-Sifar: Model Renault kini kurang sehingga RM12k

GST-Sifar: Model Renault kini kurang sehingga RM12k

Selari dengan langkah kerajaan untuk menjadikan GST pada kadar 0% bermula 1 Jun nanti, TC Euro Cars (TCEC) tidak ketinggalan untuk mengemaskini harga bagi semua model Renault di Malaysia. Bagi pelanggan yang ingin membeli kenderaan jenama itu tidak perlu menunggu sehingga tarikh berkenaan; TCEC akan menyerap GST 6% yang dikenakan ketika ini.

Tanpa GST, penjimatan yang boleh dinikmati bermula dari RM6,745 bagi model Fluence, hinggalah RM11,763 bagi model Koleos 2.5L 4WD. Syarikat ini juga menawarkan insentif tambahan bermula dari 7,349 hingga RM33,255, membolehkan pelanggan untuk jimat hingga RM40,000. Sebagai contoh, Captur pra-facelift berbanding model semasanya.

GST-Sifar: Model Renault kini kurang sehingga RM12k

GST-Sifar: Model Renault kini kurang sehingga RM12k

Harga terbaru ini adalah termasuk jaminan-lima tahun/tanpa had perbatuan, dan bagi Captur, disertai juga dengan pakej lepas jualan 5-in-Captur. “Kini merupakan masa terbaik untuk memiliki kenderaan Renault. Kami galakkan bagi semua pelanggan yang berhasrat untuk membeli, melakukannya dalam tempoh tidak dikenakan cukai kini, ditambah juga dengan insentif tambahan yang disediakan,” ujar CEO TCEC, Kuan Kim Luen.

Bagaimanapun, akan terdapat sedikit perbezaan pada pengurangan harga berkenaan, kerana ada model-model yang mencatatkan bukan pada kadar 6% sepenuhnya. Ini kerana, GST 6% hanya dikenakan pada harga jualan kenderaan (bagi model CBU, yuran pemeriksaan Puspakom), sebelum perkara-perkara lain yang tidak dikenakan GST (seperti cukai jalan, yuran pendaftaran dll) ditambah.

Nak jual kereta anda? Jual dengan Carro.

10% discount when you renew your car insurance

Compare prices between different insurer providers and use the promo code 'PAULTAN10' when you make your payment to save the most on your car insurance renewal compared to other competing services.

Car Insurance

Hazril Hafiz

Berkecimpung di dalam media automotif tempatan sejak 10 tahun lalu, Hafiz mengimpikan sebuah Malaysia dengan jaringan sistem pengangkutan awam yang lebih cekap dan menyeluruh. Tugas terakhirnya sebelum menyertai laman web ini ialah sebagai editor sisipan automotif sebuah akhbar arus perdana.

 
 

Add a comment

required

required