GST-Sifar: Porsche turunkan harga sehingga RM88k

GST-Sifar: Porsche turunkan harga sehingga RM88k

Sime Darby Auto Performance (SDAP) telah mengumumkan harga baharu yang telah disemak semula untuk barisan model Porsche bagi pasaran Malaysia iaitu harga selepas pemansuhan cukai barangan dan perkhidmatan (GST) mulai 1 Jun ini.

Menurut SDAP, harga baharu ini akan kekal sehingga pelaksanaan semula cukai jualan dan perkhidmatan (SST) yang bakal diumumkan kelak, iaitu mungkin dalam tempoh dua atau tiga bulan akan datang. Seperti mana yang dimaklumkan kadar SST akan ditetapkan pada 10% yang mungkin akan mendorong peningkatan harga kenderaan.

Justeru, bagi kadar sifar GST, 718 Cayman kini dijual pada harga asas RM509,434, iaitu turun sebanyak RM30,566 berbanding harga tetapan GST. Sementara ini, Panamera Turbo pula ditetapkan dengan harga asas sebanyak RM1,462,264, iaitu turun sebanyak RM87,736 berbanding sebelum ini. Harga asas ini adalah untuk model spesifikasi standard, tanpa didatangkan dengan ciri pilihan.

Semakan harga ini termasuk dengan waranti empat-tahun dan pakej penyelenggaran percuma SDAP, termasuk servis, alat ganti dan kos buruh percuma. Syarikat ini turut menambah, implementasi GST sifar ini turut ditetapkan untuk semua alat ganti dan servis di semua rangkaian pengedaran SDAP yang diiktiraf.

Nak jual kereta anda? Jual dengan Carro.

10% discount when you renew your car insurance

Compare prices between different insurer providers and use the promo code 'PAULTAN10' when you make your payment to save the most on your car insurance renewal compared to other competing services.

Car Insurance

Izwaashura Sadali

Ledakan adrenalin dan impak maksima. Antara barisan ayat yang paling digemari apabila menggambarkan prestasi sesebuah jentera. Sebelum terlibat di dalam industri auto pada tahun 2011, dia sekadar gemar melihat sport rim tetapi kini lebih suka menerokai kehebatan sesebuah jentera itu.

 
 

Add a comment

required

required