Volkswagen Golf R tiga-pintu – hanya 10 unit, RM269k

Volkswagen Golf R tiga-pintu – hanya 10 unit, RM269k

Pada Mac lalu, Volkswagen Passenger Cars Malaysia (VPCM) telah memperkenalkan model facelift bagi Golf Mk7, selain GTI, 1.4 TSI Sportline dan R-Line, di mana ia adalah Golf R versi lima-pintu.

Terbaru, VPCM menawarkan pula varian tiga-pintu dalam unit yang terhad untuk menyertai barisan Golf R di pasaran tempatan. Apa yang difahamkan, hanya 10 unit sahaja yang akan ditawarkan, dan ia bakal tiba pada pertengahan Ogos ini.

Bagi spesifikasinya, senarai elemen yang ditawarkan lebih kurang sama dengan versi lima-pintu, tetapi ada juga ciri yang ditiadakan termasuklah butang penghidup/kemasukan tanpa kunci Kessy, fungsi memori bagi cermin luaran dan tempat duduk pemandu larasan berkuasa.

Selain itu, senarai elemen standard yang ditampilkan termasuklah lampu utama LED Adaptif Termaju dengan bantuan lampu dinamik dan Kawalan Casis Adaptif (DCC) serta upholstery dalaman kulit Vienna R dan roda stereng sport R bersama pedal penukar gear.

Volkswagen Golf R tiga-pintu – hanya 10 unit, RM269k

Turut disertakan ialah sistem kawalan suhu dwi-zon Air Care, kluster instrumen maya Active Info Display 12.3-inci berkonfigurasi dan sistem infotainmen Discover Pro skrin sesentuh 9.2-inci, dengan sistem audio lapan-pembesar suara dan 10 GB jukebox.

Seperti lima-pintu, varian tiga-pintu ini juga dilengkapi dengan enjin 2.0 liter TSI yang mampu menghamburkan kuasa sehingga 290 PS pada 5,500 hingga 6,500 rpm dan tork 380 Nm dari 2,000 hingga 5,400 rpm. Ia turut dipadankan dengan transmisi DSG dwi-klac tujuh-kelajuan, yang menyalurkan kuasa ke semua rodanya menerusi sistem pacuan semua-roda 4Motion.

Bagi aspek keselamatan, ia juga dilengkapi dengan tujuh beg udara, ESC dan Sistem Perlindungan Penumpang Proaktif. 10 unit varian ini boleh didapati dengan warna luaran tunggal, Lapiz Blue metallic dan aloi Pretoria Black 19-inci dengan tayar 235/35 sama seperti Golf R lima-pintu.

Volkswagen Golf R tiga-pintu ini ditawarkan pada harga RM268,888 (nett, 0% GST) iaitu kurang RM10k berbanding varian R lima-pintu (RM278,888) berikutan semakan harga berdasarkan GST sifar. Seperti lima-pintu, varian ini juga didatangkan dengan waranti kilang lima-tahun dengan lima tahun bantuan tepi jalan dan tiga tahun/45,000 km servis percuma.

GALERI: Volkswagen Golf R lima-pintu

Nak jual kereta anda? Jual dengan Carro.

Certified Pre-Owned - 1 Year Warranty

10% discount when you renew your car insurance

Compare prices between different insurer providers and use the promo code 'PAULTAN10' when you make your payment to save the most on your car insurance renewal compared to other competing services.

Car Insurance

Izwaashura Sadali

Ledakan adrenalin dan impak maksima. Antara barisan ayat yang paling digemari apabila menggambarkan prestasi sesebuah jentera. Sebelum terlibat di dalam industri auto pada tahun 2011, dia sekadar gemar melihat sport rim tetapi kini lebih suka menerokai kehebatan sesebuah jentera itu.

 
 

Add a comment

required

required