Mercedes-AMG GLC43 Coupe kini dipasang di Thailand – RM569k, lebih mahal daripada CBU di M’sia

Mercedes-AMG GLC43 Coupe kini dipasang di Thailand – RM569k, lebih mahal daripada CBU di M’sia

Mercedes-Benz Thailand telah melancarkan model AMG pemasangan tempatan kedua selepas C43 Coupe. Ia juga satu lagi coupe, tetapi dalam bentuk SUV – Mercedes-AMG GLC43 Coupe. GLC43 Coupe yang dipasang di kilang Samut Prakan ini ditawarkan pada harga 4.69 juta baht (RM569,179) iaitu 1.1 juta baht (RM133,580) lebih murah berbanding dengan versi import CBU.

GLC43 Coupe dijanakan oleh enjin 3.0 liter turbo-berkembar V6 dengan kuasa 367 PS dan tork 529 Nm, dari 2,500 hingga 4,500 rpm. Kuasa disalurkan ke roda menerusi transmisi automatik 9G-Tronic sembilan-kelajuan dan pacuan semua-roda 4Matic – dengan pecahan tork 31:69 hadapan ke belakang. 0-100 km/j mampu dicapai dalam masa 4.9 saat dan kelajuan maksimum pula 250 km/j.

Mercedes-AMG GLC43 Coupe kini dipasang di Thailand – RM569k, lebih mahal daripada CBU di M’sia

GLC43 Coupe juga ada dipasarkan di Malaysia, tetapi bagi versi CBU. Ia dilancarkan di sini pada Mei 2017, dan ditawarkan pada harga RM563,241 (kadar sifar GST). Bagi meningkatkan ketangkasan dalam pemanduan, suspensi sport berdasarkan Air Body Control (suspensi udara) turut melengkapi model ini.

Ia juga dipadankan dengan cakera brek bersaiz 360 x 36 mm dengan kaliper kekal empat piston di bahagian hadapan, sementara di belakang menggunakan saiz cakera 320 x 24 mm dengan kaliper piston tunggal. Selain turut dilengkapi dengan ciri Adaptive Damping System (ADS PLUS) bersama mod pilihan Eco, Comfort, Sport, Sport Plus dan Individual.

GALERI: Mercedes-AMG GLC 43 4Matic Coupe di Malaysia

Nak jual kereta anda? Jual dengan Carro.

10% discount when you renew your car insurance

Compare prices between different insurer providers and use the promo code 'PAULTAN10' when you make your payment to save the most on your car insurance renewal compared to other competing services.

Car Insurance

Izwaashura Sadali

Ledakan adrenalin dan impak maksima. Antara barisan ayat yang paling digemari apabila menggambarkan prestasi sesebuah jentera. Sebelum terlibat di dalam industri auto pada tahun 2011, dia sekadar gemar melihat sport rim tetapi kini lebih suka menerokai kehebatan sesebuah jentera itu.

 
 

Add a comment

required

required