GIIAS 2018 – Datsun Go-live masuk pasaran Indonesia

GIIAS 2018 – Datsun Go-live masuk pasaran Indonesia

Semasa pameran GIIAS tahun lepas, Datsun Indonesia telah menunjukkan sebuah model konsep GO Live, dan tahun ini, dalam acara yang sama, model produksinya telah ditunjukkan untuk jualan kepada umum. Model yang dipanggil sebagai Go-live ini menggunakan asas daripada hatchback GO, tetapi ditambah dengan pelbagai aksesori yang menjadikannya lebih bergaya.

Bermula pada bahagian luar, GO-live ini dapat dilihat menggunakan kit aerodinamik yang lebih agresif, termasuk spoiler di bawah bampar hadapan, kemasan tambahan di tepi, spoiler bumbung di belakang dan bampar belakang dengan diffuser. Semua bahagian ini kemudiannya dicat dengan warna kuning terang kontras kepada warna badan yang ditawarkan dalam empat pilihan – hitam, putih, kelabu dan perak.

Bahagian dalam juga disiapkan dengan konsep warna yang sama, iaitu kuning digunakan untuk tali pinggang keledar, jahitan pada tempat duduk dan juga kemasan pada panel meter. Bahagian lain seperti papan pemuka, panel pintu dan fabrik tempat duduk kebanyakannya berwarna gelap.

Untuk enjin, GO-live ini dikuasakan oleh unit 1.2 liter, dengan kuasa sebanyak 78 hp, bersama padanan transmisi XTronic CVT. Untuk mereka yang mencari pemanduan lebih dinamik, Datsun juga ada menawarkan padanan transmisi manual lima kelajuan untuk Go-live ini.

Datsun GO-live dijual pada harga 135 juta rupiah (RM37,800) untuk versi manual dan 150.5 juta rupiah (RM42,140) untuk versi automatik. Model ini hanya akan dikeluarkan dalam jumlah yang terhad, dan penghantaran pertama kepada pelanggan dijangka berlaku pada bulan November tahun ini.

Nak jual kereta anda? Jual dengan Carro.

10% discount when you renew your car insurance

Compare prices between different insurer providers and use the promo code 'PAULTAN10' when you make your payment to save the most on your car insurance renewal compared to other competing services.

Car Insurance

Durrani Sharom

Mempunyai latar belakang yang pelbagai termasuk sebagai pengurus tapak, pemandu van/lori dan pelbagai lagi, Durrani akhirnya masuk ke dalam bidang penulisan automotif lapan tahun lalu. Apa sahaja yang beroda dan berenjin membuatkan beliau teruja dan beliau percaya ‘mesin pengangkutan' ini sepatutnya adalah sesuatu yang mampu memberikan pengalaman menyeronokkan kepada penggunanya.

 
 

Add a comment

required

required