SPYSHOT: Proton Iriz facelift – guna muka Persona

Minggu lalu kami telah menyiarkan imej intipan Proton Iriz facelift yang buat pertama kali ‘dicekup’ sedang diuji di atas jalan raya awam. Kali ini, kami menerima bukan sekadar imej, malah video dari pembaca, Shocky, yang terserempak dengan unit ujian berkenaan di Jalan Tun Abdul Razak, Kuala Lumpur.

Menerusi video berkenaan, jelas bahawa Iriz akan menerima lampu hadapan reflektor lebih nipis dan bonet diambil terus dari versi sedannya iaitu Proton Persona. Namun menerusi bayangan disebalik pelekat penyamaran, nampaknya Proton memberikan rekaan baharu pada gril dan juga bampar hadapan. Rekaan berkenaan nampak lebih agresif manakala lampu nyalaan siang LEDnya pula nampak seperti bersepadu terus dengan liang udara sisi.

Bahagian belakang juga nampak lebih jelas dalam video ini. Nampaknya Iriz seakan menerima rekaan diffuser belakang yang begitu menonjol, dan rekaan grafik untuk lampu juga berkemungkinan besar diperbaharui memandangkan ia turut menerima pelekat penyamaran. Hatchback ini turut berkemungkinan menerima kemasan baharu yang merentangi pintu tailgate belakang, yang kelihatan terbonjol disebalik penyamaran berkenaan.

Tahun lalu, Proton telah memperkenalkan Proton Iriz yang diperhalusi tanpa penyegaran besar dari segi rupa. Versi tersebut diberikan perubahan dari pada konfigurasi cagak enjin dari empat kepada tiga yang jelas mengurangkan gegarannya, selain penebat bunyi yang lebih berkualiti dan juga sistem ekzos yang diolah semula bagi membuatkan kereta ini lebih senyap ketika dipandu. Manakala talaan pada kotak komputer transmisi CVT dan juga enjin telah dibuat semula bagi mendapatkan respon yang lebih cepat dan linear.

Buat masa sekarang, Iriz ditawarkan dengan dua pilihan enjin iaitu 1.3 liter berkuasa 94 hp/120 Nm dan juga 1.6 liter berkuasa 107 hp/150 Nm. Pilihan enjin paling berkuasa tersebut hanya diberikan kotak gear CVT automatik, manakala model dengan enjin kapasiti paling rendah turut ditawarkan dengan transmisi lima-kelajuan manual.

GALERI: Proton Iriz 1.6 Premium 2017

Nak jual kereta anda? Jual dengan Carro.

Certified Pre-Owned - 1 Year Warranty

10% discount when you renew your car insurance

Compare prices between different insurer providers and use the promo code 'PAULTAN10' when you make your payment to save the most on your car insurance renewal compared to other competing services.

Car Insurance

Mohd Farid Awaludin

Farid mula menggilai kereta dengan menghafal logo dan jenama kereta ketika berumur 4 tahun, dan selanjutnya belajar membaiki kereta di institut kemahiran awam tempatan. Selalu membayangkan diri menjadi kerdil masuk ke dalam sistem mekanikal untuk diagnosis masalah dan memahamkan diri sendiri berkenaan teknologi baru. Dek selalu berangan mahu jadi seperti Tiff Needell, akhirnya diberi peluang untuk menyertai dunia media permotoran pada tahun 2012.

 
 

Add a comment

required

required