TAS2019: Mugen Civic RC20GT pra-produksi – bakal dijual dipasaran Jepun, pengganti FD2R Mugen RR

TAS2019: Mugen Civic RC20GT pra-produksi – bakal dijual dipasaran Jepun, pengganti FD2R Mugen RR

Ingat lagi model konsep Honda Civic Type-R FK8 tahun lalu yang digelar Mugen Civic RC20GT Concept? Untuk Tokyo Auto Salon tahun ini, kereta berkenaan sekali lagi di bawa oleh Mugen, dan menerima sedikit penambahbaikkan. Walaupun bentuknya yang seperti kapal angkasa mengundang rasa pelik ramai orang, model ini telah berada pada tahap pra-produksi, berkemungkinan besar bakal dijual di pasaran Jepun sebagai model produksi, seperti Mugen Civic RR sebelum ini.

Untuk kit badan, ia masih lagi sama, menampilkan set yang diperbuat dari gentian karbon sepenuhnya – terdiri dari bampar hadapan dengan spoiler dan splitter hadapan bersama bampar bermulut seperti Audi, bonet yang sudah tidak ada lagi skup udara tetapi digantikan dengan liang keluar, skirt sisi lebih lebar dan labuh, bampar belakang dengan diffuser bersegi dan reflektor bulat seakan diambil dari lori 1 tan, serta spoiler belakang lebih besar dan boleh dilaras dengan pelbagai sudut attack.

Apa yang berbeza adalah warna badan yang kini diberikan rona hitam kilat serta jalur grafik Mugen yang baharu. Selain itu, RC20GT ini turut diberikan lampu LED belakang dengan grafik berlainan, serta rim Mugen pelbagai jejari forged monoblok 20-inci. Sistem brek lebih besar pada bahagian hadapan dengan angkup Brembo enam-omboh turut kelihatan disebalik rim tersebut.

TAS2019: Mugen Civic RC20GT pra-produksi – bakal dijual dipasaran Jepun, pengganti FD2R Mugen RR

Kami tidak tidak dibenarkan meninjau bahagian dalaman RC20GT ini kerana ia diletakkan diatas pentas. Namun menerusi video yang ditayangkan di sisi pentas menunjukkan kereta ini sedang membuat catatan lap dilitar Fuji Speedway, nampaknya papan pemuka seperti KITT dari siri TV Knight Rider bersama roda stereng berbentuk petak pada versi tahun lalu telah ditukar kepada unit standard kembali. Manakala tempat duduk bucket penuh masih kekal.

Mugen juga masih belum mengeluarkan sebarang angka dan prestasi, namun menurut mereka RC20GT ini diberikan kuasa yang lebih besar bersama sistem penyejukan yang lebih baik. Bagi model standard Civic Type R FK8, enjin K20C1 2.0 liter VTEC Turbo yang dibekalkan mampu untuk menjana 320 PS dan tork maksima 400 Nm, dipadankan dengan kotak gear manual enam-kelajuan memacu roda hadapan.

Nak jual kereta anda? Jual dengan Carro.

Certified Pre-Owned - 1 Year Warranty

10% discount when you renew your car insurance

Compare prices between different insurer providers and use the promo code 'PAULTAN10' when you make your payment to save the most on your car insurance renewal compared to other competing services.

Car Insurance

Mohd Farid Awaludin

Farid mula menggilai kereta dengan menghafal logo dan jenama kereta ketika berumur 4 tahun, dan selanjutnya belajar membaiki kereta di institut kemahiran awam tempatan. Selalu membayangkan diri menjadi kerdil masuk ke dalam sistem mekanikal untuk diagnosis masalah dan memahamkan diri sendiri berkenaan teknologi baru. Dek selalu berangan mahu jadi seperti Tiff Needell, akhirnya diberi peluang untuk menyertai dunia media permotoran pada tahun 2012.

 
 

Add a comment

required

required