Proton berdepan saman RM532 juta dari Goldstar

Proton berdepan saman RM532 juta dari Goldstar

Satu saman sivil telah dihantar di Mahkamah Tinggi Rakyat, Guangdong, kepada Proton Automobiles China Ltd (PACL), sebuah anak syarikat tidak langsung Proton Holdings Berhad (PHB). Saman daripada Goldstar Heavy Industrial ini menuntut sejumlah RMB860,613,418.15, bersamaan dengan sekitar RM522,908,712.87 ketika pengumuman itu dibuat.

PACL dimiliki sepenuhnya oleh Perusahaan Otomobil Nasional Sdn Bhd (PONSB), yang merupakan 100% anak syarikat kepada PHB. Ketika ini, DRB-Hicom memiliki 50.1% kepentingan dalam PHB.

Di dalam fail dengan Bursa Malaysia, DRB-Hicom menjelaskan dakwaan itu adalah bersabit dengan kontrak yang melibatkan PHB, Lotus Group International Limited (LGIL) dan Goldstar, bertujuan untuk mewujudkan sebuah syarikat usaha sama dengan nama Goldstar Lotus Automobile (GLAC).

Pihak berkaitan telah menandatangani kontrak ekuiti usaha sama (EJVC) pada 17 April 2015, yang mana perjanjian ini telah dibatalkan pada 22 Januari 2018. Tujuan syarikat usahasama yang ingin ditubuhkan itu adalah bagi mengeluarkan dan menjualan kereta Lotus, begitu juga dengan enjin, alat ganti, komponen dan aksesori.

Proton berdepan saman RM532 juta dari Goldstar

Merujuk kepada terma yang terkandung di dalam EJVC itu, GLAC ditubuhkan pada 25 September 2015, dengan jumlah semasa yang serta modal awal dimiliki ialah RM180 juta. Pihak berkepentingan di dalam GLAC adalah seperti berikut; PHB (40%), LGIL (10%) dan Goldstar (50%).

Bagaimanapun, selepas gagal untuk mendapatkan lesen pengilangan yang diperlukan selepas tarikh akhir tempoh lanjutan pada 31 Disember 2017, kontrak berkenaan dibatalkan pada 22 Januari tahun lalu, dan GLAC tidak dapat memulakan perniagaannya.

DRB-Hicom memaklumkan penasihat undang-undang syarikat itu sedang menilai semula dakwaan yang dilakukan, dan akan mengambil tindakan sewajarnya untuk mempertahankan diri. DRB-Hicom juga menegaskan bahawa saman ini tidak adak kena-mengena dengan Zhejiang Geely Holding Group (ZGH) sama sekali.

Nak jual kereta anda? Jual dengan Carro.

Certified Pre-Owned - 1 Year Warranty

10% discount when you renew your car insurance

Compare prices between different insurer providers and use the promo code 'PAULTAN10' when you make your payment to save the most on your car insurance renewal compared to other competing services.

Car Insurance

Hazril Hafiz

Berkecimpung di dalam media automotif tempatan sejak 10 tahun lalu, Hafiz mengimpikan sebuah Malaysia dengan jaringan sistem pengangkutan awam yang lebih cekap dan menyeluruh. Tugas terakhirnya sebelum menyertai laman web ini ialah sebagai editor sisipan automotif sebuah akhbar arus perdana.

 
 

Add a comment

required

required