Proton X70 – 8,500 unit berjaya diserahkan kepada pelanggan dalam masa 100 hari, catat rekod baharu

Proton X70 – 8,500 unit berjaya diserahkan kepada pelanggan dalam masa 100 hari, catat rekod baharu

Nampaknya usaha pemulihan Proton dengan langkah memperkenalkan SUV Segmen-C pada pasaran tempatan berada pada landasan yang betul – seramai 8,500 pelanggan sudahpun menerima Proton X70 mereka walaupun baharu sahaja dilancarkan pada Disember tahun lalu, atau hanya 100 hari selepas masuk ke pasaran secara rasmi.

Unit yang ke 8,500 telah diserahkan kepada pelanggan hari ini – menjadi milik firma undang-undang Malaysia, Lee Allen Hishammuddin & Gledhill (LHAG). Dengan rekod ini, secara tidak langsung Proton X70 telah mencipta rekod bagi jumlah penghantaran paling banyak dalam segmennya, dan Proton kini telah pun bergelar sebagai salah satu pengeluar utama dalam pasaran SUV di Malaysia.

Proton X70 – 8,500 unit berjaya diserahkan kepada pelanggan dalam masa 100 hari, catat rekod baharu

Menurut Proton dalam satu kenyataannya, dengan kadar pertumbuhan jualan kumulatif sebanyak 42% untuk dua bulan pertama tahun 2019, mereka telah mencatatkan kadar pertumbuhan jualan tertinggi di kalangan jenama automotif di barisan ketiga teratas di Malaysia mengikut volum. Pemacu utama kepada peningkatan ini adalah Proton X70, merupakan model paling popular untuk bulan Januari dan Februari (berdasarkan angka pendaftaran rasmi) dan berada di landasan yang tepat untuk mencapai peningkatan sama untuk bulan ketiga berturut-turut.

“Dengan menyerahkan sebanyak 8,500 unit Proton X70 dalam masa 100 hari, Syarikat telah membuktikan bahawa pembeli-pembeli kereta di Malaysia amat tertarik dengan SUV pertama kami. Kami terharu dengan sokongan daripada mereka dan akan terus berusaha dengan lebih lagi untuk menyerahkan lebih banyak unit secepat mungkin bagi mengurangkan masa menunggu oleh para pelanggan syarikat,” kata CEO Proton, Dr Li Chunrong.

GALERI: Proton X70 Standard 2WD

GALERI: Proton X70 Executive 2WD

GALERI: Proton X70 Executive AWD

GALERI: Proton X70 Premium 2WD

Nak jual kereta anda? Jual dengan Carro.

Certified Pre-Owned - 1 Year Warranty

10% discount when you renew your car insurance

Compare prices between different insurer providers and use the promo code 'PAULTAN10' when you make your payment to save the most on your car insurance renewal compared to other competing services.

Car Insurance

Mohd Farid Awaludin

Farid mula menggilai kereta dengan menghafal logo dan jenama kereta ketika berumur 4 tahun, dan selanjutnya belajar membaiki kereta di institut kemahiran awam tempatan. Selalu membayangkan diri menjadi kerdil masuk ke dalam sistem mekanikal untuk diagnosis masalah dan memahamkan diri sendiri berkenaan teknologi baru. Dek selalu berangan mahu jadi seperti Tiff Needell, akhirnya diberi peluang untuk menyertai dunia media permotoran pada tahun 2012.

 

Comments

  • Apa masalah dgn wartawan/admin facebook Pautan skrg ni?? Tolong jgn campur adukkan laporan automotif dan politik. Sudah cukup byk haters di luar sana. Jd, xperlulah berusaha utk menambah lebih ramai lg haters. Silap2 ramai yg tak suka dah dgn Paultan disebabkan dgn cara si wartawan/admin fb page baru ni. Sblm ni, x mcm ni.

    Sorry, setakat arini sy unfollow dulu fb page Paultan dan mungkin makin ramai jg akan bt mcm ni kalau cara posting masih lg sama.

    Jd tlglah tgk perkara ini dgn serius.

    Tksh

    Like or Dislike: Thumb up 3 Thumb down 2
 

Add a comment

required

required