Nissan Almera generasi baharu bakal membuat kemunculan sulung di Amerika Syarikat 12 April ini?

Nissan Almera generasi baharu bakal membuat kemunculan sulung di Amerika Syarikat 12 April ini?

Bulan lalu, kami telah siarkan imej risikan pertama Nissan Versa Sedan generasi baharu, atau di pasaran lain termasuk ASEAN ia dikenali sebagai Nissan Almera. Maklumat terkini yang kami dapat, model berkenaan akan didedahkan di Amerika pada bulan ini.

Menurut laporan CarsDirect, versi hatchback model ini yang dikenali sebagai Versa Note akan dihentikan pengeluarannya hujung bulan ini, dan model generasi seterusnya hanya akan ditawarkan dalam bentuk sedan sahaja. Nissan juga telah mengesahkan bahawa Versa Sedan generasi baharu itu akan membuat kemunculan sulungnya di Tortuga Music Festival yang berlangsung di Fort Lauderdale, Amerika Syarikat 12 April ini.

“Bermula dengan model 2020 yang direka semula Versa hanya akan ditawarkan dalam bentuk badan sedan. Jualan Versa Note hatchback di Amerika Utara akan berakhir pada model 2019,” kata jurucakap Nissan Jeff Wandell.

Model generasi baharu Versa Sedan berkenaan menampilkan bentuk badan yang lebih gagah seakan abang besarnya, Nissan Altima generasi terkini. Bukan itu sahaja, lampu hadapan dan belakang juga mungkin akan menyerupai Altima dengan rekaan lebih tirus, bersama gril V-Motion sama seperti model-model terkini Nissan.

Nissan Almera generasi baharu bakal membuat kemunculan sulung di Amerika Syarikat 12 April ini?

Manakala untuk bahagian dalaman pula, rekaannya masih belum jelas. Tetapi apabila dizum, nampaknya sedan segmen-B yang akan berhadapan dengan Honda City dan Toyota Vios ini menampilkan skrin sesentuh sistem infotainmen NissanConnectSM pada papan pemuka yang diletakkan di bawah liang penghawa dingin dengan rekaan lebih melintang, serta roda stereng dengan rekaan sama model-model terkini Nissan.

Masih tidak diketahui unit janakuasa yang menggerakkan model generasi baharu ini, tetapi dijangka ia mungkin menerima unit dari generasi sedia ada. Di Amerika, Versa sedan dikuasakan oleh enjin petrol empat silinder NA 1.6 liter HR16DE bersama pilihan tiga kotak gear – lima-kelajuan manual, empat-kelajuan automatik atau CVT automatik.

Manakala di Malaysia serta pasaran Asia Tenggara lain, Nissan Almera sedia ada dijana oleh enjin petrol empat silinder NA 1.5 liter HR15DE berkuasa 101 hp dan tork maksima 139 Nm, digandingkan sama ada dengan kotak gear empat-kelajuan automatik atau lima-kelajuan manual.

Nak jual kereta anda? Jual dengan Carro.

Certified Pre-Owned - 1 Year Warranty

10% discount when you renew your car insurance

Compare prices between different insurer providers and use the promo code 'PAULTAN10' when you make your payment to save the most on your car insurance renewal compared to other competing services.

Car Insurance

Mohd Farid Awaludin

Farid mula menggilai kereta dengan menghafal logo dan jenama kereta ketika berumur 4 tahun, dan selanjutnya belajar membaiki kereta di institut kemahiran awam tempatan. Selalu membayangkan diri menjadi kerdil masuk ke dalam sistem mekanikal untuk diagnosis masalah dan memahamkan diri sendiri berkenaan teknologi baru. Dek selalu berangan mahu jadi seperti Tiff Needell, akhirnya diberi peluang untuk menyertai dunia media permotoran pada tahun 2012.

 
 

Add a comment

required

required