Hyundai Sonata 2020 tiba di New York – enjin 2.5L GDI dan 1.6L Turbo-GDI, 8-kelajuan auto, kunci digital

Hyundai Sonata 2020 tiba di New York – enjin 2.5L GDI dan 1.6L Turbo-GDI, 8-kelajuan auto, kunci digital

2020 Hyundai Sonata

Setelah membuat kemunculan sulungnya di Korea bulan lalu, Hyundai Sonata generasi baharu kini sudahpun mendarat di Amerika Syarikat. Model ini diperkenalkan ketika berlangsungnya New York International Auto Show 2019, dan bakal masuk ke bilik pameran pasaran berkenaan Oktober ini, manakala produksinya di Alabama sebulan sebelum itu.

Berbanding di Korea sebelum ini ia hanya diperkenalkan dengan satu pilihan enjin, pendedahannya di New York ini nampaknya menampilkan satu lagi pilihan enjin tambahan. Model asas masih dijana oleh enjin 1.6 liter turbo dengan sistem suntikan bahan api terus (T-GDI), berkuasa 185 hp dan tork maksima 241 Nm.

Manakala model paling berkuasa pula menerima enjin NA 2.5 liter Smartstream dengan sistem suntikan bahan api terus, menjana 191 hp dan tork maksima 245 Nm. Kedua-dua enjin tersebut digandingkan dengan kotak gear automatik konvensional lapan-kelajuan, memacu roda hadapan.

Hyundai Sonata 2020 tiba di New York – enjin 2.5L GDI dan 1.6L Turbo-GDI, 8-kelajuan auto, kunci digital

2020 Hyundai Sonata

Bagi pasaran Amerika ini juga, satu lagi rekaan gril hadapan ‘Parametric Jewel’ ditampilkan – dengan elemen ‘bekas telur’ diberikan kemasan hitam berkilat, disamping rekaan elemen empat segi dengan kemasan jalur krom melintang yang sama seperti model pasaran Korea.

Gril tersebut diapit oleh lampu yang direka dengan kluster baharu unik, seiring dengan rekaan liang udara kedua-dua sisi bampar yang kelihatan seperti sayap. Satu lagi liang udara pada bamapar diletakkan berhampiran ruang roda hadapan bagi mengalirkan udara untuk mengurangkan rintangan angin pada mukanya.

Garis sisi kereta ini juga agak unik, menampilkan garis atas yang bermula dari pintu hadapan hingga lampu belakang yang seakan membentuk otot di atas ruang roda belakang. Manakala satu lagi garis dibahagian bawah juga direka beralun ke dalam. Dengan rupa coupe yang landai di bahagian belakang, lampu belakang kereta ini di reka seakan Civic generasi ke-10, dengan jalur LED yang juga nampak seperti ‘sepit ketam’ ketika dihidupkan.

Lampu tersebut bersambung dengan unit yang terdapat pada penutup but, di mana pada bahagian atas ia turut membentuk sebahagian rupa ‘ekor itik’, manakala satu jalur nipis pada bahagian bawah merentangi keseluruhan penutup but berkenaan bagi menghubungkan kedua-dua unit lampu. Nombor plat terletak pada bahagian bampar, yang turut mempunyai kemasan seperti diffuser.

Tip ekzos berkembar pada model pasaran Amerika ini direka lebih menyerlah dari model di Korea. Secara keseluruhan, rekaan yang aerodinamik pada Sonata 2020 ini menghasilkan pekali geseran (cD) yang cukup rendah iaitu 0.27, yang tentunya memberikan penggunaan bahan api yang lebih baik. Tiga set rim ditawarkan dari saiz 16- hingga 18-inci, yang semuanya direka kelihatan sedang berputar kehadapan walaupun kereta sedang berhenti.

Pada bahagian dalam, papan pemuka Sonata 2020 ini direka dengan paparan meter yang diinspirasikan dari pesawat Stealth, dan turut menyerlahkan rekaan skrin utama pada bahagian tengah. Hyundai menjelaskan bahawa kedua-dua paparan tersebut diletakkan dalam susunan-S bagi mengelakkan sebarang halangan pada penglihatan pemandu.

Hyundai Sonata 2020 tiba di New York – enjin 2.5L GDI dan 1.6L Turbo-GDI, 8-kelajuan auto, kunci digital

2020 Hyundai Sonata

Pemandu akan menerima informasi dari paparan instrumen digital sepenuhnya dengan skrin 12.3-inci (selain paparan HUD yang dipancarkan terus ke cermin hadapan), dengan pelbagai tema yang boleh diubah mengikut citarasa masing-masing. Manakala untuk infotainmen, skrin utama HD bersaiz 10.25-inci diberikan, dan ia turut boleh memaparkan sistem navigasi dan audio dalam satu masa. Manakala untuk sistem bunyi pula, Sonata ini dibekalkan dengan sistem dari Bose dengan 12 pembesar suara.

Apa yang menarik lagi, tombol gear konvensional tidak kelihatan pada model generasi baharu ini, sebaliknya digantikan dengan butang, di mana transmisi juga menggunakan teknologi shift-by-wire. Suis-suis untuk memilih mod pemanduan dan juga kawalan sistem bantuan pemanduan juga diletakkan berhampiran.

Ciri-ciri lai yang turut dibekalkan pada Sonata ini termasuk bumbung suria (bumbung panaromik penuh ditawarkan sebagai opsyen), brek parkir elektrik, sistem penutup but pintar, pad pengecas telefon pintar tanpa wayar kelajuan tinggi Qi lengkap dengan kipas peneyejuk, hubungan Apple CarPlay dan Android Auto, serta tempat duduk belakang yang boleh dilipat bagi memuatkan barang panjang pada ruang kargo.

Hyundai Sonata 2020 ini juga diberikan sistem kunci digital, di mana tiada kunci sebenar diperlukan dan fungsi tersebut dijalankan oleh aplikasi dalam telefon pintar. Kunci ini menggunakan teknologi NFC untuk beroperasi sama seperti sistem pengecas tanpa wayar.

Menerusi aplikasi berkenaan, ia bukan sekadar mengurangkan barang dalam poket anda, malah kunci pendua juga boleh dibuat dengan mudah dan anda turut boleh menghadkan fungsi yang boleh diguna oleh orang yang meminjam kereta berkenaan. Satu kad NFC juga akan diberikan untuk setiap kereta bagi memudahkan urusan-urusan tertentu, misalnya untuk kegunaan servis parkir valet.

Untuk keselamatan pula, Sonata ini hadir dengan pakej sistem bantuan pemanduan Hyundai Smartsense yang beroperasi dengan 12 penderia ultrasonic dan lima kamera. Pakej berkenaan termasuk sistem Bantuan Pemanduan Lebuhraya, Bantuan Pengelak Pelanggaran Hadapan, Bantuan Mengikut Lorong, Bantuan Selamat Keluar Pintu, Pemantan dan Amaran Pelanggaran Titik Buta, Pemantau Sekeliling dan Bantuan Pengelak Parkir Mengundur. Model ini juga hadir standard dengan sembilan-beg udara.

Nak jual kereta anda? Jual dengan Carro.

Certified Pre-Owned - 1 Year Warranty

10% discount when you renew your car insurance

Compare prices between different insurer providers and use the promo code 'PAULTAN10' when you make your payment to save the most on your car insurance renewal compared to other competing services.

Car Insurance

Mohd Farid Awaludin

Farid mula menggilai kereta dengan menghafal logo dan jenama kereta ketika berumur 4 tahun, dan selanjutnya belajar membaiki kereta di institut kemahiran awam tempatan. Selalu membayangkan diri menjadi kerdil masuk ke dalam sistem mekanikal untuk diagnosis masalah dan memahamkan diri sendiri berkenaan teknologi baru. Dek selalu berangan mahu jadi seperti Tiff Needell, akhirnya diberi peluang untuk menyertai dunia media permotoran pada tahun 2012.

 
 

Add a comment

required

required