Hyundai Venue didedah – SUV paling kecil jenama itu

Hyundai Venue didedah – SUV paling kecil jenama itu

Hyundai Venue, SUV paling kecil dalam barisan kenderaan jenama Korea itu telah pun membuat kemunculan sulung di New York International Auto Show 2019 (NYIAS). Ini akan jadi tambahan terbaru kepada model-model SUV sedia ada seperti Kona, Tucson, Santa Fe, Nexo dan Palisade.

Wajah depannya juga mewarisi rekaan yang sama daripada model sebelumnya. Bahagian lampu utama dalam petak yang terpisah serta jalur lampu LED di atasnya memberikan kelainan. Di dalam pula, kemasan dua tona warna digunakan, dengan sebuah skrin apungan untuk sistem infotainmen terletak di tengah papan pemuka. Konsol tengah yang menempatkan tombol gear dan lain-lain tombol kawalan juga nampak bersih dan kemas.

SUV terbaru ini lebih kecil berbanding Kona, dengan ukuran dimensinya ialah 4,036 mm panjang, 1,770 mm lebar, 1,565 mm tinggi dan jarak antara roda 2,520 mm. Berbanding Kona, Venue 130 mm lebih pendek, 30 mm kurang lebar dan jarak antara roda juga kurang 81 mm. Bagaimanapun, Venue 15 mm lebih tinggi.

Hyundai Venue didedah – SUV paling kecil jenama itu

Ruang kabin penumpang pula hanya tersedia kapasiti 2,602 liter (2,665 liter pada Kona). Ruang kargo barangan pula 530 liter dengan kerusi belakang ditegakkan; jika penyandar direbah, kapasiti akan meningkat kepada 903 liter.

Sistem bantuan pemandu pada Venue juga mengkagumkan. Ini termasuk ciri-ciri seperti Forward Collision-Avoidance Assist (FCA), Lane Keeping Assist (LKA), Blind-Spot Collision Warning (BCW), Driver Attention Warning (DAW) dan Rear Cross-Traffic Warning (RCCW).

Hyundai Venue didedah – SUV paling kecil jenama itu

Buat masa ini, Venue akan ditawarkan dengan enjin Gamma 1.6 liter empat-silinder sebagai satu-satunya pilihan. Unit ini merupakan versi naik taraf bagi enjin Gamma 1.6 yang banyak digunakan sebelum ini pada model lain – ia kini hadir dengan sistem pembakaran lebih cekap, suntikan minyak dua port, kecekapan haba yang lebih baik serta penyejuk EGR luaran.

Semua peningkatan ini menawarkan penjimatan bahan api yang lebih baik, dengan Hyundai mendakwa Venue dapat memberikan kadar bacaan 14 km/l dalam gabungan pemanduan. Sistem transmisi pula terdiri daripada manual enam-kelajuan atau automatik Intelligent Variable Transmission (IVT).

Nak jual kereta anda? Jual dengan Carro.

Certified Pre-Owned - 1 Year Warranty

10% discount when you renew your car insurance

Compare prices between different insurer providers and use the promo code 'PAULTAN10' when you make your payment to save the most on your car insurance renewal compared to other competing services.

Car Insurance

Hazril Hafiz

Berkecimpung di dalam media automotif tempatan sejak 10 tahun lalu, Hafiz mengimpikan sebuah Malaysia dengan jaringan sistem pengangkutan awam yang lebih cekap dan menyeluruh. Tugas terakhirnya sebelum menyertai laman web ini ialah sebagai editor sisipan automotif sebuah akhbar arus perdana.

 
 

Add a comment

required

required