Kia telah mempamerkan model HabaNiro Concept di New York International Auto Show 2019 (NYIAS), yang menampilkan sebuah kenderaan pacuan semua roda dengan janaan kuasa elektrik sepenuhnya dengan jarak perjalanan 500 km. Ia mempunyai dimensi 4,430 mm panjang dengan 2,830 mm jarak antara roda, 1,600 mm tall dan 1,955 mm lebar. Menurut pengeluarnya, Kia HabaNiro ini juga menampilkan teknologi pemanduan autonomous tahap lima.

Menunjukkan terjemahan Kia terhadap pengangkutan masa hadapan, unit berkenaan menerapkan rekaan futuristik secara keseluruhannya. Perhatikan bukaan empat pintunya, begitu juga dengan tata letak rekaan di dalam ruang kabin yang begitu menonjol dengan warna latar merah. Luarannya juga nampak sasa, mencadangkan SUV ini mampu menggalas cabaran perjalanan dipermukaan offroad.

Menurut Kia, dalam situasi pemanduan autonomous, panel kawalan serta sterengnya akan ditarik supaya lebih jauh dari tempat duduk untuk memberikan ruang yang lebih luas kepada penumpang. Kemampuan pemanduan autonomous kereta ini dilengkapi juga dengan sistem Real-time Emotion Adaptive Driving (READ) oleh Kia yang mula diperkenalkan tahun ini ketika pamera Consumer Electronics Show.

READ memerhati dan menganalisa keadaan emosi pemandu dalam masa nyata melalui teknologi pengesanan isyarat-bio AI dan kemudiannya menyesuaikan suasana dalam kabin berdasarkan penilaiannya agar lebih menyenangkan dan selamat untuk pemanduan.

Kepintaran Artifisial (AI) tidak seharusnya mengganggu tumpuan pemandua, jelas Kia. Sebaliknya, pendekata itu boleh memperkayakan lagi dengan cara menjangkakan keperluan pemandu supaya si pemandu boleh terus fokus. Versi lain yang paling hampir dengan model konsep ini, Kia Niro EV telah pun mula dijual, dan Kia tidak menafikan model konsep ini juga akan diperkenalkan sebagai model produksi sebenar kelak. Apa macam reka bentuk yang ada ini, boleh tahan?