Ducati Panigale V4 25th Anniversario 916 – peringatan kepada 916 yang menggegarkan dunia superbike dulu

Ducati Panigale V4 25th Anniversario 916 – peringatan kepada 916 yang menggegarkan dunia superbike dulu

Selepas gambar teaser dan pengumuman dilakukan minggu lepas, Ducati kini mendedahkan secara penuh Panigale V4 25th Anniversario 916 yang akan dijual dalam jumlah terhad 500 buah sahaja pada harga 41,900 euro (RM194,033) bermula Oktober tahun ini.

Model keluaran khas ini dihasilkan untuk menyambut ulang tahun ke-25 model lagenda Ducati 916 yang direka oleh Massimo Tamburini pada tahun 1994 dan memenangi sehinga 120 perlumbaan, lapan gelaran juara pengeluar dan enam gelaran juara kejohanan – terutamanya dengan ditunggang oleh Carl Fogarty.

Panigale V4 25th Anniversario 916 menggunakan asas daripada V4 S, tetapi bahagian panel hadapannya datang daripada V4 R. Bermakna, enjinnya adalah unit V4 Stradale yang dipadankan bersama kotak gear enam kelajuan dan klac slipper kering, mampu mengeluarkan 214 hp pada 13,000 rpm dan 124 Nm tork pada 10,000 rpm. Suspensi pula adalah unit elektronik daripada Ohlins.

Ducati Panigale V4 25th Anniversario 916 – peringatan kepada 916 yang menggegarkan dunia superbike dulu

Untuk menjadikannya istimewa, Ducati telah memasang rim magnesium diperkuat Marchesini, top yoke yang diukir dengan nombor pengeluaran khas, ekzos Akrapovic titanium, penghadang angin lumba, tempat duduk berbentuk unik serta penghadang lumpur depan dan belakang gentian karbon. Selain daripada itu, model keluaran terhad ini juga dilengkapi dengan peletak kaki, pemegang dan tuil jenis lumba serta pelindung lengan ayun dan bahagian tumit gentian karbon.

Bagi mengingati Carlin Dunne yang meninggal dunia baru-baru ini waktu berlumba di Pikes Peak menggunakan Streetfighter V4 Prototype, Panigale V4 25th Anniversario 916 keluaran nombor lima akan dikeluarkan daripada jualan dan ia akan dilelong dalam satu acara khas. Hasilnya nanti akan diserahkan kepada keluarga mendiang Dunne.

Nak jual kereta anda? Jual dengan Carro.

10% discount when you renew your car insurance

Compare prices between different insurer providers and use the promo code 'PAULTAN10' when you make your payment to save the most on your car insurance renewal compared to other competing services.

Car Insurance

Durrani Sharom

Mempunyai latar belakang yang pelbagai termasuk sebagai pengurus tapak, pemandu van/lori dan pelbagai lagi, Durrani akhirnya masuk ke dalam bidang penulisan automotif lapan tahun lalu. Apa sahaja yang beroda dan berenjin membuatkan beliau teruja dan beliau percaya ‘mesin pengangkutan' ini sepatutnya adalah sesuatu yang mampu memberikan pengalaman menyeronokkan kepada penggunanya.

 
 

Add a comment

required

required