Honda ADV 150, Winner X dan CBR250RR – adakah akan tiba di Malaysia? Bilakah waktu jangkaannya?

Honda ADV 150, Winner X dan CBR250RR – adakah akan tiba di Malaysia? Bilakah waktu jangkaannya?

Kalau melihat kepada pasaran Asia, Honda sekarang mempunyai beberapa model kapasiti rendah yang menarik. Malangnya, ia masih tidak tiba di Malaysia dan membuatkan ramai yang tertanya. Memandangkan berpeluang mendekati wakil Boon Siew Honda (BSH) Sdn Bhd di Sepang sempena perlumbaan ARRC 2019, kami cuba dapatkan penjelasan daripada mereka. Tiga model utama yang dirujuk adalah Winner X, ADV 150 dan juga CBR250RR.

Untuk Winner X dan ADV 150, kedua-duanya baru sahaja membuat penampilan pertama pada bulan Julai iaitu masing-masing di Vietnam dan Indonesia. Menurut wakil BSH, mereka sedang membuat kajian sama ada dua model ini boleh dibawa masuk ke Malaysia atau tidak.

Jika betul ia akan tiba pun, sekurang-kurangnya akan mengambil masa lapan hingga sembilan bulan. Tapi sebelum itu, mereka perlu melakukan kajian seperti jumlah jualan skuter atau kapcai yang lebih tinggi, adakah jumlah jualannya mencukupi, dan untuk Winner X adakah ia akan diperkenalkan sebagai tambahan kepada RS150R ataupun penggantinya.

Honda ADV 150, Winner X dan CBR250RR – adakah akan tiba di Malaysia? Bilakah waktu jangkaannya?

Melihat kepada cara soalan ini dijawab, wakil BSH yang memberi maklum balas seperti tidak yakin dengan pasaran skuter di Malaysia sekaligus membuatkan ketibaan ADV 150 seperti semakin kabur. Beliau juga merujuk kepada jumlah jualan skuter yang mempunyai beza jauh berbanding kapcai biasa yang menggunakan gear.

Untuk CBR250RR, motosikal sports permulaan ini sudah berada di pasaran luar seperti Indonesia lebih daripada tiga tahun, namun masih tidak tiba di Malaysia. Pada tahun 2017, kami pernah bertanya kenapa, dan jawapan yang diberi oleh ketua pegawai eksekutif BSH, Nobuhide Nagata adalah model ini tidak menepati peraturan emisi Euro 4 dan ECE.

Apabila ditanya sekali lagi tahun ini, jawapan sama masih diberi, tetapi terdapat sedikit sinar kerana wakil BSH yang memberi jawapan mengatakan mereka sedang mengambil kira secara serius dan melihat kepada waktu sasaran ketibaannya pada hujung tahun depan.

Honda ADV 150, Winner X dan CBR250RR – adakah akan tiba di Malaysia? Bilakah waktu jangkaannya?

Kemudiannya, kerana model ini sudah melebihi tiga tahun, mungkin akan terdapat model facelift yang menepati peraturan Euro 4 dan ECE yang disebutkan tadi. Berkenaan harga, jangan pula anda mengharapkan CBR250RR ini akan berada dalam lingkungan yang sama seperti model 250 yang lain kerana ia mempunyai spesifikasi yang lebih tinggi. Sasaran BSH adalah bawah daripada RM30k.

Dengan maklum balas yang diberikan ini, adakah anda masih akan menunggu ketibaan Winner X, ADV 150 dan CBR250RR? Satu perkara yang kita perlu faham, pasaran Malaysia tidak sebesar negara lain seperti Thailand, Indonesia dan Vietnam, dan BSH memerlukan jumlah jualan yang tinggi untuk menyokong ketibaan model-model ini.

Nak jual kereta anda? Jual dengan Carro.

Certified Pre-Owned - 1 Year Warranty

10% discount when you renew your car insurance

Compare prices between different insurer providers and use the promo code 'PAULTAN10' when you make your payment to save the most on your car insurance renewal compared to other competing services.

Car Insurance

Durrani Sharom

Mempunyai latar belakang yang pelbagai termasuk sebagai pengurus tapak, pemandu van/lori dan pelbagai lagi, Durrani akhirnya masuk ke dalam bidang penulisan automotif lapan tahun lalu. Apa sahaja yang beroda dan berenjin membuatkan beliau teruja dan beliau percaya ‘mesin pengangkutan' ini sepatutnya adalah sesuatu yang mampu memberikan pengalaman menyeronokkan kepada penggunanya.

 

Comments

  • Tak Sabar Menunggu on Sep 20, 2019 at 9:55 am

    Pujuk la BSH bang, mesti volume jualan untuk RS V2 tu mencanak jualannya.

    Like or Dislike: Thumb up 1 Thumb down 0
  • AAAAAAAAA on Sep 20, 2019 at 8:58 pm

    Tolong la BSH, bawa masuk ADV. Satu-satunya skuter Honda yang paling ranggi dan cantik dari yang lain. Konfom laku walaupon 12k sekalipon harga dia. Tolong jangan buang ABS. NVX boleh ada abs kenapa ADV x boleh ada kan??

    Like or Dislike: Thumb up 2 Thumb down 2
  • Pemantau on Mar 12, 2020 at 6:33 pm

    Boon Siew itu Datuk kasi letak jawatan lah itu Vietnam winner x sudah keluar dulu Ini Malaysia u selalu ada bikin kacau sama rskyat Malaysia sampai sekarang winner x pon tarak mari satu lagi harga betul ikut japan factory

    Like or Dislike: Thumb up 2 Thumb down 0
 

Add a comment

required

required