GALERI: BMW 330i G20 CKD – melihat lebih dekat

GALERI: BMW 330i G20 CKD – melihat lebih dekat

BMW 330i G20 pemasangan tempatan sudah pun membuat kemunculan bulan ini, kira-kira enam bulan selepas pelancaran model berkenaan untuk pasaran Malaysia. Ini bermaksud, harga bagi model berkenaan kini RM40,000 lebih murah; harga barunya ialah RM288,800 berbanding RM328,800 bagi versi CBU sebelum ini.

Tambah menarik, senarai kelengkapan pada model CKD ini juga hampir sama dengan sebelumnya. Perbezaan paling utama antara keduanya hanyalah melibatkan penawaran terhadap BMW ConnectedDrive Services. Itu sahaja perbezaan yang ada, selebihnya kekal sama.

Untuk luarannya, ia ditampilkan dengan pakej M Sport, dengan lampu utama LED adaptif dan lampu kabus LED, serta roda aloi Style 790 M jejari berkembar Orbit Grey 18-inci, dengan tayar run-flat. Manakala di dalam, ia digandingkan dengan sistem infotainmen BMW Live Cockpit Professional, bersama skrin tengah 10.25-inci dan paparan instrumen digital-sepenuhnya 12.3-inci serta reverse-direction rev counter.

GALERI: BMW 330i G20 CKD – melihat lebih dekat

Selain itu, ia turut menampilkan BMW Operating System 7.0 baru, yang boleh dikendalikan menerusi kawalan tombol iDrive, skrin sentuh tengah atau pun melalui kawalan suara Intelligent Personal Assistant. Untuk kabinnya, ia diberi pilihan sama ada kulit hitam atau Cognac Vernasca, kemasan Tetragon Aluminium dan lapik bumbung hitam.

Ciri standard termasuk sistem tanpa kunci, butang penghidup engin, pembuka boot automatik, kawalan suhu tiga-zon, kawalan kelajuan, tempat duduk sport larasan berkuasa dengan tatapan memori untuk tempat duduk pemandu, tempat duduk belakang boleh dibaringkan secara nisbah 40:20:40, pengecas telefon pintar tanpa wayar Qi, dan sistem bunyi 205-watt dengan 10-pembesar suara. Turut hadir ialah fungsi BMW Digital Key untuk digunakan bersama model telefon pintar Samsung.

Enjin petrol B48 2.0 liter pengecas turbo menjadi nadi utama, mampu menghasilkan 258 hp pada 5,000 rpm dan tork 400 Nm dari 1,550 hingga 4,400 rpm. Dipadankan dengan transmisi ZF automatik lapan-kelajuan, membolehkannya memecut dari titik sifar ke 100 km/j dalam 5.8 saat dan penggunaan bahan api dianggarkan sekitar 5.8 hingga 6.1 liter untuk setiap 100 km. Suspensi M Sport pasif masih kekal.

Nak jual kereta anda? Jual dengan Carro.

Certified Pre-Owned - 1 Year Warranty

10% discount when you renew your car insurance

Compare prices between different insurer providers and use the promo code 'PAULTAN10' when you make your payment to save the most on your car insurance renewal compared to other competing services.

Car Insurance

Hazril Hafiz

Berkecimpung di dalam media automotif tempatan sejak 10 tahun lalu, Hafiz mengimpikan sebuah Malaysia dengan jaringan sistem pengangkutan awam yang lebih cekap dan menyeluruh. Tugas terakhirnya sebelum menyertai laman web ini ialah sebagai editor sisipan automotif sebuah akhbar arus perdana.

 
 

Add a comment

required

required