Mahindra beli 100 peratus saham Peugeot Motocycles

Mahindra beli 100 peratus saham Peugeot Motocycles

Sejak tahun 2015, Mahindra Two Wheelers sudah memegang 51% kepentingan dalam Peugeot Motorcycles. Kemudiannya, pelbagai lagi pelaburan dibuat untuk menaikkan jenama motosikal Peugeot di Eropah dan menambat hati pengguna dengan produk yang menarik.

Menurut laporan terbaru daripada RushLane, kini Mahindra Two Wheelers sudah menambah pegangan dalam Peugeot Motocycles kepada 100%, namun jumlah yang dibayar tidak didedahkan. Sekaligus, ini membawa makna Mahindra Two Wheelers mempunyai pemilikan penuh dalam Peugeot Motocycles dan boleh membuat keputusan secara sendiri.

Ini termasuklah dalam menentukan di mana motosikal Peugeot Motocycles akan dikeluarkan, untuk pasaran mana dan apakah produk yang sesuai untuk pasaran. Walaubagaimanapun, aspek rekaan masih akan dikendalikan oleh pereka asal Peugeot Motocycles.

Peugeot Motocycles lebih terkenal dengan penghasilan skuter dan sekarang mereka mempunyai model yang menggunakan enjin kapasiti dari 50 cc hingga 400 cc. Produk jenama Perancis ini juga sudah dipasarkan di lebih 48 buah negara seluruh dunia.

Pada tahun lepas, Peugeot Motocycles juga telah menunjukkan model konsep baru yang diberi nama sebagai P2X dengan gaya cafe racer. Walaupun perinciannya tidak didedah, ramai yang sudah dapat melihat motosikal ini menggunakan asas serta enjin daripada Mahindra Mojo yang sudah dipasarkan di beberapa negara.

Nak jual kereta anda? Jual dengan Carro.

Certified Pre-Owned - 1 Year Warranty

10% discount when you renew your car insurance

Compare prices between different insurer providers and use the promo code 'PAULTAN10' when you make your payment to save the most on your car insurance renewal compared to other competing services.

Car Insurance

Durrani Sharom

Mempunyai latar belakang yang pelbagai termasuk sebagai pengurus tapak, pemandu van/lori dan pelbagai lagi, Durrani akhirnya masuk ke dalam bidang penulisan automotif lapan tahun lalu. Apa sahaja yang beroda dan berenjin membuatkan beliau teruja dan beliau percaya ‘mesin pengangkutan' ini sepatutnya adalah sesuatu yang mampu memberikan pengalaman menyeronokkan kepada penggunanya.

 
 

Add a comment

required

required