BMW i8 Roadster LimeLight Edition buat penampilan

BMW i8 Roadster LimeLight Edition buat penampilan

Perkenalkan, BMW i8 Roadster LimeLight Edition, sebuah edisi khas yang dihasilkan sekali sahaja oleh BMW Italia dengan kerjasama Alcantara S.p.A. Seperti nama yang dikenakan padanya, kereta ini hadir dengan warna yang menarik perhatian, dengan kontras ketara misalnya terhadap rim hitam yang digunakan – serta angkup brek warna kuning.

Memandang ini masih sebuah BMW i8 Roadster, ia kekal dengan bumbung fabrik janaan elektrik yang boleh dibuka dalam masa 15 saat dalam kelajuan 50 km/j ke bawah. Di dalam, ruang kabinnya dihiasi dengan penggunaan material kulit jenis Alcantara pada hampir semua permukaan yang ada. Ini termasuklah pada kerusi sport yang digunakan, yang turut dihiasi dengan benang kuning.

BMW i8 Roadster LimeLight Edition buat penampilan

Lampu suasana biru serta kemasan gentian karbon juga boleh dilihat mengiasi ruang berkenaan. Lencana LimeLight Edition juga ada pada stereng. BMW menjelaskan, Alcantara sangat sesuai untuk i8 kerana syarikat yang menghasilkannya merupakan yang pertama di Itali yang menerima pengiktirafan carbon neutral daripada organisasi TÜV SÜD, yang selari dengan cita-cita BMW.

Bagi aspek mekanikal pula, hampir semuanya kekal sama. Sistem plug-in hybrid pada i8 ini terdiri daripada unit enjin 1.5 liter turbocas tiga-silinder petrol, bateri 11.6 kWh lithium-ion, transmisi enam-kelajuan automatik. Pecutan 0-100 km/j ialah dalam masa 4.6 saat, laju maksimum 250 km/j dan jarak EV sepenuhnya 53 km.

Nak jual kereta anda? Jual dengan Carro.

Certified Pre-Owned - 1 Year Warranty

10% discount when you renew your car insurance

Compare prices between different insurer providers and use the promo code 'PAULTAN10' when you make your payment to save the most on your car insurance renewal compared to other competing services.

Car Insurance

Hazril Hafiz

Berkecimpung di dalam media automotif tempatan sejak 10 tahun lalu, Hafiz mengimpikan sebuah Malaysia dengan jaringan sistem pengangkutan awam yang lebih cekap dan menyeluruh. Tugas terakhirnya sebelum menyertai laman web ini ialah sebagai editor sisipan automotif sebuah akhbar arus perdana.

 
 

Add a comment

required

required