Mercedes me connect mula diperkenalkan di Malaysia – Mercedes me Adapter untuk kereta lama, RM250

Mercedes me connect mula diperkenalkan di Malaysia – Mercedes me Adapter untuk kereta lama, RM250

Bersekeli dengan pelancaran model Mercedes-Benz GLC 200 dan GLC 300 X235 serta GLC 300 4Matics Coupe C253 facelift hari ini, syarikat berkenaan turut memperkenalkan servis Mercedes me connect (Mmc) untuk pasaran tempatan. Merupakan sebuah platform perhubungan digital, Mmc membolehkan pemilik kenderaan Mercedes-Benz kekal terhubung dengan segala info bersama kenderaan mereka. GLC menjadi model pertama yang hadir dengan ciri ini, manakala bagi model-model selebihnya, tahun hadapan.

Boleh didapati di Apple App Store serta Google Play Store, aplikasi Mercedes me connect ini menyediakan capaian kepada servis keterhubungan lain sebaik sahaja kenderaan pemilik diaktifkan di dalam portal Mercedes me.

Ini termasuk untuk membolehkan enjin dihidupkan dari jarak jauh, begitu juga dengan untuk mengunci kenderaan serta memeriksa status kenderaan dari dalam telefon pemilik. Tidak ketinggalan ialah pengesan kedudukan kenderaan diparkir dan juga jangkaan awal bagi sistem tunjuk arah, begitu jyga dengan panggilan kecemasan SOS serta capaian data berkaitan pengurusan selenggara dan telediagnostik.

Mercedes me connect mula diperkenalkan di Malaysia – Mercedes me Adapter untuk kereta lama, RM250

Capaian kepada servis kecemasan dan telediagnostik akan kekal percuma sepanjang hayat kenderaan, tetapi servis jarak jauh (seperti menghidupken enjin dll) tidak termasuk sekali, walaupun MBM memberikan langganan percuma selama tiga-tahun bagi pembelian kenderaan baru jenama itu. Pilihan berbayar untuk lanjutan kepada servis-servis yang disediakan itu akan dikenakan, tetapi kadarnya masih belum diputuskan lagi ketika ini.

Bagi pemilik kenderaan Mercedes-Benz yang dikeluarkan selepas tahun 2002 yang tidak memiliki fungsi sambungan keterhubungan ini masih boleh menikmati sendiri pengalaman berkenaan melalui penggunaan Mercedes me Adapter. Unit berkenaan merupakan penyelesaian telematik yang boleh digunakan dengan mudah, terdiri daripada sebuah adapter, dengan sebuah aplikasi yang disepadukan ke dalam sistem utama Mercedes-Benz. Ia akan dimasukkan ke dalam antaramuka diagnostik, dalam kes ini, penyambung OBD2 pada kenderaan terlibat.

Walaupun ia tidak menyediakan keseluruhan servis yang terdapat dalam Mercedes me connect, Mercedes me Adapter berkenaan beserta aplikasi khususnya (yang berbeza daripada aplikasi Mercedes me connect) akan tetap membolehkan pemilik kenderaan lama Mercedes-Benz untuk mencapai maklumat-maklumat penting.

Mercedes me connect mula diperkenalkan di Malaysia – Mercedes me Adapter untuk kereta lama, RM250

Ini termasuk data berkaitan status kenderaan, misalnya tahap baki bahan api, jarak perjalanan dan lokasi ia diparkir. Sebagai tambahan, Cockpit Mode menyediakan data kenderaan secara langsung seperti beban enjin, suhu pelincir serta laju purata. Peninjau keadaan kesihatan kereta pula menyediakan maklumat relevan sekiranya lampu amaran kenderaan menyala.

Pemilik juga boleh mendapatkan senarai isian semula bahan api dan jarak perlajanan, yang boleh dieksport dan disunting data berkenaan, serta mendapatkan temujanji dan membuat tempahan untuk servis. Mercedes me Adapter dijual pada harga RM250 dan akan mula beredar pada suku pertama tahun hadapan.

Nak jual kereta anda? Jual dengan Carro.

Certified Pre-Owned - 1 Year Warranty

10% discount when you renew your car insurance

Compare prices between different insurer providers and use the promo code 'PAULTAN10' when you make your payment to save the most on your car insurance renewal compared to other competing services.

Car Insurance

Hazril Hafiz

Berkecimpung di dalam media automotif tempatan sejak 10 tahun lalu, Hafiz mengimpikan sebuah Malaysia dengan jaringan sistem pengangkutan awam yang lebih cekap dan menyeluruh. Tugas terakhirnya sebelum menyertai laman web ini ialah sebagai editor sisipan automotif sebuah akhbar arus perdana.

 
 

Add a comment

required

required