Perodua Aruz antara carian tertinggi Google tahun ini

Perodua Aruz antara carian tertinggi Google tahun ini

Dah sampai hujung tahun, agaknya kereta apa yang paling banyak mendapat carian di Internet dalam kalangan rakyat Malaysia sepanjang 2019? Google ada data berkenaan; syarikat itu mengumpulkan carian paling popular berkenaan yang kemudiaanya di dalam laporan tahunan “Google Year in Search for Malaysia”, atau turut dikenali dengan nama Zeitgeist.

Dalam carian 2019 itu, hanya ada satu model kenderaan yang berjaya berada di dalam senarai 10 teratas; iaitu Perodua Aruz, yang menduduki tangga ke-10. SUV berkenaan dilancarkan pada 15 Januari, dan tempoh carian tertinggi yang dicatatkan bagi model berkenaan ialah pada 13-19 Januari.

Walaupun tidak dinyatakan dalam laporan berkenaan, yang menampilkan kedudukan dalam kategori-kategori berbeza (yang mana kategori automotif/kenderaan tidak termasuk dalam senarai umum), meninjau lebih jauh terhadap data berkenaan akan menunjukkan bahawa Toyota Yaris juga mencatatkan angka carian yang tinggi, begitu juga dengan Proton X50.

Perodua Aruz antara carian tertinggi Google tahun ini

Senarai carian berkenaan meliputi topik yang pelbagai – Bantuan Sara Hidup (BSH) menjadi perkara ketiga yang paling banyak dicari. Di atasnya, ialah carian terhadap Thanos dan Earth Day Quiz, yang menjadi antara carian paling popular sepanjang tahun ini.

Isu-isu berkaitan ekonomi dan kewangan terus carian utama – di dalam kategori Berita, Belanjawan 2020 berada di kedudukan ketiga, sementara topik harga petrol pula ditangga kelima. Bagi tahun 2020 nanti, topik ini dijangka akan terus berada di kedudukan teratas sebaik sahaja harga RON95 diapungkan nanti.

Bagi topik paling “trending” pula (tidak semestinya yang paling banyak carian), sebaliknya yang memperlihatkan peningkatan carian paling tinggi sepnjang tahun – ini didominasi oleh antaranya berkaitan model-model kenderaan yang baru dilancarkan.

Nak jual kereta anda? Jual dengan Carro.

Certified Pre-Owned - 1 Year Warranty

10% discount when you renew your car insurance

Compare prices between different insurer providers and use the promo code 'PAULTAN10' when you make your payment to save the most on your car insurance renewal compared to other competing services.

Car Insurance

Hazril Hafiz

Berkecimpung di dalam media automotif tempatan sejak 10 tahun lalu, Hafiz mengimpikan sebuah Malaysia dengan jaringan sistem pengangkutan awam yang lebih cekap dan menyeluruh. Tugas terakhirnya sebelum menyertai laman web ini ialah sebagai editor sisipan automotif sebuah akhbar arus perdana.

 
 

Add a comment

required

required