Proton X70 jadi salah satu kereta rasmi MyAPEC 2020

Proton X70 jadi salah satu kereta rasmi MyAPEC 2020

Persidangan Kerjasama Ekonomi Asia-Pasifik (APEC) 2020 atau MyAPEC 2020 yang bakal berlangsung tidak lama lagi turut menyaksikan pemilihan Proton X70 sebagai salah satu kenderaan rasmi yang akan digunakan sepanjang acara berkenaan. SUV ini akan digunakan untuk menyokong forum sepanjang tahun itu yang mempromosikan kerjasama ekonomi di rantau Asia-Pasifik.

APEC terdiri daripada 21 ekonomi yang akan melawat Malaysia sepanjang 2020 di mana Jawatankuasa Kerja akan membincangkan pelbagai isu ke arah integrasi dalam ekonomi serantau. Perbincangan mengenai perdagangan dan pelaburan bebas serta terbuka juga dipertingkat dengan menangani isu-isu mengenai penerimaan digitalisasi, meningkatkan usaha pembangunan sumber manusia, memperkasakan wanita dan lain-lain lagi.

CEO Proton, Dr.Li Chunrong berkata, “Proton berbesar hati menyokong Malaysia yang menjadi hos bagi sidang kemuncak APEC 2020. Dengan adanya ciri-ciri pintar, pengendalian yang mantap, dan penarafan keselamatan lima bintang oleh ASEAN NCAP, kami percaya bahawa Proton X70 boleh mencerminkan kerjasama erat antara negara-negara melalui persidangan seperti APEC yang bergabung demi menaik taraf antara satu sama lain, sekaligus meningkatkan keupayaan keseluruhan industri dan ekosistem sokongan.”

Proton X70 jadi salah satu kereta rasmi MyAPEC 2020

Tambah Dr.Li, sepanjang forum ini dijalankan, kereta-kereta yang digunakan akan dijaga rapi melalui 120 rangkaian pusat 3S/4S Proton yang akan beroperasi menjelang akhir tahun 2019.

Proton X70 merupakan kenderaan pertama yang dilancarkan atas kerjsama antara Proton dan rakan stratetik asingnya, Geely. Ia bakal menjalani proses pemasangan secara tempatan (CKD) di kilang Proton di Tanjung Malim, Perak. Untuk tahun 2020, Proton dijangka bakal memperkenalkan satu lagi SUV, juga hasil kerjasama Geely, yang diberi nama Proton X50 dan juga sedan baharu yang bakal menggantikan Preve.

Nak jual kereta anda? Jual dengan Carro.

Certified Pre-Owned - 1 Year Warranty

10% discount when you renew your car insurance

Compare prices between different insurer providers and use the promo code 'PAULTAN10' when you make your payment to save the most on your car insurance renewal compared to other competing services.

Car Insurance

Izwaashura Sadali

Ledakan adrenalin dan impak maksima. Antara barisan ayat yang paling digemari apabila menggambarkan prestasi sesebuah jentera. Sebelum terlibat di dalam industri auto pada tahun 2011, dia sekadar gemar melihat sport rim tetapi kini lebih suka menerokai kehebatan sesebuah jentera itu.

 
 

Add a comment

required

required