Mitsubishi Xpander Cross kini di Filipina dan Thailand

Mitsubishi Xpander Cross kini di Filipina dan Thailand

Selepas diperkenalkan untuk pasaran Indonesia November tahun lalu, Mitsubishi kini memperkenalkan pula model Xpander Cross bagi pasaran Filipina dan Thailand. Versi Cross melibatkan kedudukan badan yang lebih tinggi serta penggunaan body cladding plastik untuk membezakannya daripada versi biasa dan membawakan imej SUV.

Xpander Cross mempunyai jarak kelegaan tanah 25 mm lebih tinggi berbanding jarak 225 mm pada versi biasa. Bahagian plastik keliling badan juga menjadikannya 50 mm lebih lebar. Bampar depan dan belakang juga lebih tebal, hadir juga dengan rekaan gril dikemaskini, landasan pada bumbung dan rim 17-inci. Di dalam, ia menggunakan perincian warna perak berbanding kayu hiasa pada varian lain. Tempat duduk pula dalam dua tona warna.

Cross menjadi penawaran paling tinggi bagi Xpander yang dijual di Filipina dan Thailand. Ini membolehkannya menerima semua senarai kelengkapan tertinggi. Di Filipina misalnya, ia hadir dengan ciri kawalan kestabilan (standard untuk semua varian di Thailand). Bagaimanapun, semua model kekal dengan dua beg udara.

Mitsubishi Xpander Cross dilancarkan di Filipina Jumaat lalu pada harga 1,255,000 peso (RM105,900) dan di Thailand hari ini pada harga pengenalan 899,000 baht (RM120,900). Persoalannya, bila Xpander nak diperkenalkan di Malaysia? Anda inginkan varian Cross ini ditawarkan juga?

Nak jual kereta anda? Jual dengan Carro.

Certified Pre-Owned - 1 Year Warranty

10% discount when you renew your car insurance

Compare prices between different insurer providers and use the promo code 'PAULTAN10' when you make your payment to save the most on your car insurance renewal compared to other competing services.

Car Insurance

Hazril Hafiz

Berkecimpung di dalam media automotif tempatan sejak 10 tahun lalu, Hafiz mengimpikan sebuah Malaysia dengan jaringan sistem pengangkutan awam yang lebih cekap dan menyeluruh. Tugas terakhirnya sebelum menyertai laman web ini ialah sebagai editor sisipan automotif sebuah akhbar arus perdana.

 
 

Add a comment

required

required