Suzuki Jimny jadi trak pikap kecil untuk New Zealand

Suzuki Jimny jadi trak pikap kecil untuk New Zealand

Dah elok-elok Suzuki Jimny jadi SUV kompak, ada juga yang masih tak puas hati dan nak melawan “takdir” pengeluarannya. Suzuki New Zealand panjang akal untuk ubah Jimny berkenaan kepada sebuah trak pikap yang kecil dan comel.

Syarikat itu menawarkan penukaran berkenaan untuk Jimny pada harga NZ$37,990 (RM98,402); sekitar NZ$12,000 (RM31,070) lebih mahal daripada harga varian paling asas JX Manual yang digunakan untuk menghasilkan versi berkenaan. Ini menjadikan versi trak pikap ini menjadi pilihan yang paling mahal bagi barisan varian sedia ada, kerana harganya juga lebih tinggi berbanding versi Sierra Auto Two Tone yang dijual pada harga NZ$29,990 (RM77,753).

Jimny versi trak pikap ini didatangkan dengan jaminan kilang dan kerja-kerja pemasangan yang teliti. Kekal dengan saiz kecil, bahagian gandar belakangnya bagaimanapun direka untuk memuatkan pelantar ruang barangan yang sisinya boleh dilipat. Terdapat jaring bersangkar turut disediakan di belakang kabin.

Suzuki Jimny jadi trak pikap kecil untuk New Zealand

Oleh kerana ini versi yang diasaskan daripada JX Manual, tiada lampu utama LED disertakan, atau rim aloi. Versi trak pikap ini hanya menggunakan lampu halogen dan rim besi hitam. Di dalam, rekaan papan pemuka kekal sama, lengkap dengan unit radio dengan ciri Bluetooth, pendingan hawa manual, stereng urethane biasa dan tempat duduk fabrik.

Enjin masih menggunakan unit 1.5 liter empat-silinder petrol dengan janaan 100 hp dan 130 Nm, diganding bersama kotak gear manual lima-kelajuan dan sistem 4WD Allgrip Pro Suzuki. Generasi terdahulu Jimny pernah ditawarkan dengan konfigurasi casis cab, dan itu diteruskan pada model terbarunya. Cukup comel trak pikap ini?

Nak jual kereta anda? Jual dengan Carro.

10% discount when you renew your car insurance

Compare prices between different insurer providers and use the promo code 'PAULTAN10' when you make your payment to save the most on your car insurance renewal compared to other competing services.

Car Insurance

Hazril Hafiz

Berkecimpung di dalam media automotif tempatan sejak 10 tahun lalu, Hafiz mengimpikan sebuah Malaysia dengan jaringan sistem pengangkutan awam yang lebih cekap dan menyeluruh. Tugas terakhirnya sebelum menyertai laman web ini ialah sebagai editor sisipan automotif sebuah akhbar arus perdana.

 
 

Add a comment

required

required