Renault tutup sementara kilang produksi di Perancis

Renault tutup sementara kilang produksi di Perancis

Selain Itali, Perancis kini menjadi antara negara dalam benua Eropah yang terjejas teruk akibat penularan wabak pandemik COVID-19. Banyak industri terjejas teruk termasuklah bidang automotif dengan penutupan sementara kilang pengeluaran di negara berkenaan, ini termasuklah fasiliti produksi bagi Renault yang digantung operasinya sejak lewat petang semalam.

Menurut Renault, penggantungan sementara operasi kilangnya adalah untuk melindungi para pekerja daripada penularan wabak ini dan juga mematuhi langkah yang diambil kerajaan Perancis sendiri.

“Sebanyak 12 bahagian dan 18,000 kakitangan terjejas dengan penutupan sementara operasi kami. Ia akan berlangsung sehingga tempoh yang belum dinyatakan. Pemantauan situasi ini akan dilakukan dari masa ke semasa,”ujar jurucakap Renault.

Terdahulu, Renault turut menggantung operasi kilangnya di Palencia dan Valladolid, Sepanyol, untuk beberapa hari disebabkan kekurangan rantaian bekalan komponen.

Manakala kilang di Flins, berhampiran Paris, yang memproduksikan kereta elektrik Renault Zoe, juga ditutup.

Selain itu, Renault turut mempunyai beberapa kilang di Slovenia dan Romania, Turki dan Morocco yang masih beroperasi seperti biasa.

Nak jual kereta anda? Jual dengan Carro.

10% discount when you renew your car insurance

Compare prices between different insurer providers and use the promo code 'PAULTAN10' when you make your payment to save the most on your car insurance renewal compared to other competing services.

Car Insurance

Izwaashura Sadali

Ledakan adrenalin dan impak maksima. Antara barisan ayat yang paling digemari apabila menggambarkan prestasi sesebuah jentera. Sebelum terlibat di dalam industri auto pada tahun 2011, dia sekadar gemar melihat sport rim tetapi kini lebih suka menerokai kehebatan sesebuah jentera itu.

 
 

Add a comment

required

required