Skoda Scala Spider Concept didedah – rekaan pelajar vokasional, model sebenar akan didedah bulan Jun

Skoda Scala Spider Concept didedah – rekaan pelajar vokasional, model sebenar akan didedah bulan Jun

Sejak tahun 2014, Skoda telah memberikan peluang kepada pelajar sekolah vokasional mereka di Mladá Boleslav untuk merancang, mereka bentuk dan membina kereta konsep bagi menunjukkan kemahiran dan kreativiti. Tahun ini juga sama, dan hasilnya sudah didedah, sementara kereta konsep sebenar pula akan dipersembahkan kepada umum pada bulan Jun nanti.

Kereta konsep yang didedahkan melalui lukisan digital ini menunjukkan sebuah versi bumbung terbuka bagi hatchback kompak Scala, tetapi mempunyai rekaan lebih kepada speedster kerana mempunyai dua bonjolan di bahagian belakangnya. Pintu dan tempat duduk pula cuma ada dua.

Ada juga konsep rekaan Skoda lain yang digunakan pada model konsep ini, seperti rim yang diambil daripada model Octavia RS, serta muncung ekzos di tengah yang berbentuk heksagon. Gambar bahagian dalam pula meunjukkan rekaan hampir sama seperti model Scala, dengan jahitan merah di stereng.

Nak jual kereta anda? Jual dengan Carro.

10% discount when you renew your car insurance

Compare prices between different insurer providers and use the promo code 'PAULTAN10' when you make your payment to save the most on your car insurance renewal compared to other competing services.

Car Insurance

Durrani Sharom

Mempunyai latar belakang yang pelbagai termasuk sebagai pengurus tapak, pemandu van/lori dan pelbagai lagi, Durrani akhirnya masuk ke dalam bidang penulisan automotif lapan tahun lalu. Apa sahaja yang beroda dan berenjin membuatkan beliau teruja dan beliau percaya 'mesin pengangkutan' ini sepatutnya adalah sesuatu yang mampu memberikan pengalaman menyeronokkan kepada penggunanya.

 
 

Add a comment

required

required