Subaru Malaysia lancar kempen tempahan dalam talian sepanjang PKP – tempah XV atau Forester dari RM188

Subaru Malaysia lancar kempen tempahan dalam talian sepanjang PKP – tempah XV atau Forester dari RM188

Dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang sudah pun memasuki hari ke-21 ini, memang ramai di antara kita yang ‘shopping’ secara dalam talian. Kalau hendak beli kereta baharu, ini salah satu pilihan yang ada. TC Subaru telah pun memperkenalkan kempen tempahan secara dalam talian sepanjang tempoh PKP ini. Kempen ini memberikan peluang kepada para pelanggan untuk membeli model baharu XV atau Forester.

Bagi sesiapa yang berminat, bolehlah mengisi borang secara dalam talian yang disediakan di laman web Subaru Malaysia dan dikenakan yuran tempahan sebanyak RM188. Selepas itu, kod tempahan unik akan dihantar kepada pelanggan menerusi e-mel.

Kemudian, penasihat jualan akan menghubungi pelanggan terbabit dalam tempoh lima hari bekerja untuk memuktamadkan tempahan dan beberapa langkah seterusnya (pandu uji, melihat kereta terbabit dan pemohonan pinjaman bank) akan dilakukan selepas PKP berakhir.

XV ditawarkan dengan tiga varian – 2.0i, 2.0i-P dan XV GT Edition 2.0i-P – dengan harga bermula RM117,788. Sementara Forester pula berharga bermula RM149,788 dengan tiga varian termasuk 2.0i-L, 2.0i-S dan 2.0i-S EyeSight.

Nak jual kereta anda? Jual dengan Carro.

Certified Pre-Owned - 1 Year Warranty

10% discount when you renew your car insurance

Compare prices between different insurer providers and use the promo code 'PAULTAN10' when you make your payment to save the most on your car insurance renewal compared to other competing services.

Car Insurance

Izwaashura Sadali

Ledakan adrenalin dan impak maksima. Antara barisan ayat yang paling digemari apabila menggambarkan prestasi sesebuah jentera. Sebelum terlibat di dalam industri auto pada tahun 2011, dia sekadar gemar melihat sport rim tetapi kini lebih suka menerokai kehebatan sesebuah jentera itu.

 
 

Add a comment

required

required