BMW Motorrad tidak sertai Intermot, EICMA tahun ini

BMW Motorrad tidak sertai Intermot, EICMA tahun ini

Disebabkan oleh pandemik Covid 19 yang sedang melanda sekarang, BMW Motorrad telah mengambil keputusan untuk tidak menyertai dua pameran motosikal yang terbesar di Eropah tahun ini iaitu Intermot di Cologne, Jerman pada bulan Oktober dan EICMA di Milan, Itali pada bulan November.

Keputusan ini juga diambil sebagai langkah awal mengatasi ketidakpastian perancangan yang telah dibuat sebelum ini. Untuk model baru yang sepatutnya diperkenalkan waktu acara itu, BMW memberitahu akan menggunakan platform alternatif dan saluran komunikasi digital lain yang mereka ada.

Pelancaran atas talian ini malah sudah dilakukan untuk model baru R 18, iaitu sebuah cruiser yang mempunyai reka bentuk seperti model klasik R 5, tetapi menggunakan enjin boxer baru paling berkuasa pernah dihasilkan oleh BMW, yang mempunyai kapasiti 1,802 cc dan kuasa 91 hp/150 Nm.

Nak jual kereta anda? Jual dengan Carro.

Certified Pre-Owned - 1 Year Warranty

10% discount when you renew your car insurance

Compare prices between different insurer providers and use the promo code 'PAULTAN10' when you make your payment to save the most on your car insurance renewal compared to other competing services.

Car Insurance

Durrani Sharom

Mempunyai latar belakang yang pelbagai termasuk sebagai pengurus tapak, pemandu van/lori dan pelbagai lagi, Durrani akhirnya masuk ke dalam bidang penulisan automotif lapan tahun lalu. Apa sahaja yang beroda dan berenjin membuatkan beliau teruja dan beliau percaya ‘mesin pengangkutan' ini sepatutnya adalah sesuatu yang mampu memberikan pengalaman menyeronokkan kepada penggunanya.

 
 

Add a comment

required

required