Kia Grand Carnival LX Flexi didedahkan oleh pengedar M’sia – versi 11 tempat duduk dilancar tidak lama lagi?

Dalam pasaran Malaysia sekarang, Kia Grand Carnival dijual dalam versi lapan tempat duduk, tetapi nampaknya akan ada satu lagi versi 11 tempat duduk yang bakal tiba tidak lama lagi. Video yang menunjukkan model baru ini telah pun disebarkan oleh pengedarnya dalam media sosial.

Antara yang menyiarkan video MPV ini adalah Kia Seri Kembangan – AZ Master Motor dan Kia Seremban – Public Star Auto. Melaluinya, perkara utama yang boleh kita lihat adalah jumlah 11 tempat duduk yang disusun dalam kedudukan 2+3+3+3, pada badan yang sama saiz dengan model lapan tempat duduk.

Walaupun nampak sedikit padat, kerusi tengah pada tempat duduk baris kedua dan ketiga boleh diangkat ke atas, seterusnya menyediakan lorong untuk pengguna masuk ke bahagian tempat duduk paling belakang. Jika tidak mahu digunakan sebagai tempat duduk, bahagian tengah itu juga boleh dilipat untuk dijadikan sebagai tempat meletak cawan atau perehat tangan.

Kia Grand Carnival LX Flexi didedahkan oleh pengedar M’sia – versi 11 tempat duduk dilancar tidak lama lagi?

Bagi tempat duduk paling belakang, selain boleh dilipat 50:50, ia juga boleh dilipat rata untuk memberikan ruang barangan kepada pengguna. Kelengkapan lain yang boleh kita lihat pada model ini adalah seperti pintu gelungsur kuasa, pengawal pendingin hawa dua zon, panel instrumen tujuh inci Supervision, cruise control, brek parkir elektronik, mod Active Eco dan head unit tujuh inci.

Perincian enjin masih tidak dapat diketahui, tetapi di Malaysia, Grand Carnival dijual dengan enjin empat silinder diesel turbo 2.2 liter CRDi yang digabungkan bersama transmisi automatik lapan kelajuan, untuk menghasilkan kuasa 200 PS dan 441 Nm tork. Di pasaran luar ada juga Grand Carnival (juga dikenali sebagai Sedona di beberapa pasaran lain) yang dikuasakan oleh enjin petrol V6 NA 3.3 liter.

Nak jual kereta anda? Jual dengan Carro.

Certified Pre-Owned - 1 Year Warranty

10% discount when you renew your car insurance

Compare prices between different insurer providers and use the promo code 'PAULTAN10' when you make your payment to save the most on your car insurance renewal compared to other competing services.

Car Insurance

Durrani Sharom

Mempunyai latar belakang yang pelbagai termasuk sebagai pengurus tapak, pemandu van/lori dan pelbagai lagi, Durrani akhirnya masuk ke dalam bidang penulisan automotif lapan tahun lalu. Apa sahaja yang beroda dan berenjin membuatkan beliau teruja dan beliau percaya ‘mesin pengangkutan' ini sepatutnya adalah sesuatu yang mampu memberikan pengalaman menyeronokkan kepada penggunanya.

 
 

Add a comment

required

required