Harapnya sudah ramai yang makin menyedari bahawa penularan wabak Covid-19 ketika ini akan mengubah pandangan dan cara kita menempuh hidup di hari-hari mendatang. Dari sudut pandang amalan perniagaan automotif misalnya, tanda-tanda awalnya sudah dapat kita lihat.
Disebabkan bilik pameran tidak dibenarkan beroperasi sejak pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) bermula sejak 18 Mac lalu, pengeluar dan pengedar mencari jalan lain untuk meneruskan perniagaan; paling tidak untuk mengenalpasti pelanggan yang sentiasa berminat untuk mengetahui lebih lanjut tentang barisan model serta promosi yang ada.
UMW Toyota Motor misalnya, melalui pengumuman di laman Facebook rasmi, kini giat mengalihkan pengalaman di bilik pameran mereka – melibatkan layanan pertanyaan serta pendaftaran minat daripada pelanggan – ke alam maya dan atas talian. Untuk berbuat demikian, pelanggan boleh melayari pautan ini.
Pelanggan bukan saja boleh mendapatkan pelbagai maklumat berkaitan model keluaran Toyota, tetapi juga berpeluang untuk mengetahui tentang promosi semasa yang berlangsung, dan seterusnya untuk membuat tempahan kenderaan – semuanya tanpa memerlukan anda keluar dari rumah. Penasihat jualan akan menghubungi pelanggan yang telah membuat tempahan untuk urusan berikutnya. Mudah kan?



Toyota Yaris Cross
dari RM99,900
Toyota Hilux
dari RM226,300
Toyota Urban Cruiser
dari RM198,000
Toyota bZ4X
dari RM220,000
Toyota GR Yaris
dari RM315,600
Toyota GR Corolla
dari RM368,950
Toyota Camry
dari RM221,800
Toyota Corolla Cross
dari RM133,800
Toyota Hiace
dari RM169,000