Mercedes-Benz dedahkan E-Class C238 Coupe, A238 Cabriolet facelift — dengan teknologi dan enjin baru

Mercedes-Benz dedahkan E-Class C238 Coupe, A238 Cabriolet <em>facelift</em> — dengan teknologi dan enjin baru

Banyak juga model-model terbaru yang diperkenalkan minggu ini diperingkat antarabangsa. Tidak ketinggalan ialah dari Mercedes-Benz, yang mendedahkan dua model facelift terkini, E-Class Coupe C238 dan A238 Cabriolet.

Kedua-dua model ini hadir dengan kemaskini yang komprehensif, sama seperti versi sedan dan wagon model yang sama. Model dua-pintu ini menerima kemaskini wajah depan yang sama, dengan gril serta lencana krom yang besar. Lampu utama LED pula diberikan rekaan trapezoidal yang lebih mendatar, dengan unit Multibeam lengkap dengan DRL bentuk panah.

Di belakang, kemaskini yang dilakukan lebih ringkas, hanya melibatkan grafik bersegi pada lampu LED yang digunakan. Pilihan rim aerodinamik juga lebih banyak dengan warna baru. Di dalam, stereng rekaan baru diberikan, termasuk jenis tiga-jejari bagi model AMG Line. Ini termasuk sekali dengan sensor sentuhan bagi touchpad yang tersedia. Pembeli juga boleh memilih kemasan antara ashwood kelabu atau aluminium dengan corak gentian karbon.

Mercedes-Benz dedahkan E-Class C238 Coupe, A238 Cabriolet <em>facelift</em> — dengan teknologi dan enjin baru

Sama seperti model E-Class empat dan lima-pintu, model Coupe dan Cabriolet ini menerima ciri sistem infotainmen Mercedes-Benz User Experience (MBUX); ia lengkap dengan sistem kawalan suara “Hey Mercedes”. Naik taraf dalam yang diberikan termasuk saiz skrin yang lebih besar; E-Class facelift ini datang dengan paparan skrin berkembar 10.25-inci sebagai standard. Pemilik masih boleh memilih cir Widescreen Cockpit dengan skrin 12.3-inci. Ciri keselamatan juga ada naik taraf diberikan, dengan pertambahan kawalan melayar adaptif Distronic berasaskan tunjuk arah.

Bahagian enjin juga diberi peningkatan, semua hadir dengan sistem mild-hybrid 48-volt EQ Boost. Kini disepadukan bersama transmisi (berbanding enjin), ini membolehkan ia dipasang pada barisan enjin yang lebih meluas. Veris terkini memberi tambahan 15 kW (20 PS) dan 180 Nm lonjakkan elektrik.

Sistem ini digunakan pada unit OM654M baru, salah satu versi bagi unit sedia ada OM654 2.0 liter empat-silinder turbodiesel dengan beberapa perubahan dibuat – antaranya sesaran dinaikkan dari 1,950 kepada 1,993 cc. Ia juga menerima penyuntik minyak dengan tekanan lebih tinggi, pengecas turbo twin variable geometry, liang penyejukan piston isian sodium serta kompresor coolant elektrik.

Keseluruhannya, enjin ini memberikan kuasa puncak 265 PS. Bagaimanapun, ketika pengenalannya, E-Class Coupe dan Cabriolet ini akan hanya ditawarkan dengan enjin 1,950 cc – tanpa sistem mild hybrid – dalam E 220 d, menjana 194 PS dan 400 Nm tork.

Unit OM656 3.0 liter enam-silinder sebaris dalam E 400 d juga kekal menghasilkan 340 PS dan 700 Nm. Unit petrolnya pula, M264 2.0 liter empat-silinder terus ditawarkan, dengan output 197 PS dan 320 Nm pada E 200, dan 258 PS/370 Nm dalam E 300.

Bagi dua model ini, unit M256 3.0 liter enam-silinder sebaris pertama kali digunakan dengan model facelift berkenaan, walaupun terdahulu pernah digunakan pada model seperti CLS 450, GLE 450 and S 450. Menggantikan unit M276 V6 dalam E 450 4Matic, ia menghasilkan 367 PS dan 500 Nm dan juga hadir dalam versi EQ Boost 22 PS/250 Nm. Ini dipadankan dengan transmisi automatik 9G-tronic.

Mercedes-Benz A238 E-Class Cabriolet

Mercedes-Benz C238 E 53 4Matic+ Coupe

Nak jual kereta anda? Jual dengan Carro.

Certified Pre-Owned - 1 Year Warranty

10% discount when you renew your car insurance

Compare prices between different insurer providers and use the promo code 'PAULTAN10' when you make your payment to save the most on your car insurance renewal compared to other competing services.

Car Insurance

Hazril Hafiz

Berkecimpung di dalam media automotif tempatan sejak 10 tahun lalu, Hafiz mengimpikan sebuah Malaysia dengan jaringan sistem pengangkutan awam yang lebih cekap dan menyeluruh. Tugas terakhirnya sebelum menyertai laman web ini ialah sebagai editor sisipan automotif sebuah akhbar arus perdana.

 
 

Add a comment

required

required