Aliran trafik masuk ke KL menerusi Plaza Tol Jalan Duta dijangka meningkat hujung minggu ini

Aliran trafik masuk ke KL menerusi Plaza Tol Jalan Duta dijangka meningkat hujung minggu ini

Setelah lama ‘bercuti’ panjang di kampung halaman susulan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) sejak 18 Mac lalu, pasti ramai di antara kita yang mahu kembali ke rumah sendiri bagi menyambung semula tugas atau perniagaan yang ditinggalkan.

Menurut Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Seri Mazlan Lazim, pihaknya turut menjangkakan aliran trafik memasuki Kuala Lumpur menerusi Plaza Tol Jalan Duta akan meningkat pada hujung minggu ini. Ini berikutan sebahagian besar kakitangan sektor awam dan swasta bakal kembali daripada cuti panjang sejak PKP dilaksanakan.

“Kita menjangkakan bermula hujung minggu ini, jumlah kenderaan masuk ke KL menerusi Plaza Tol Jalan Duta, meningkat selepas ramai individu kembali dari cuti panjang.

Aliran trafik masuk ke KL menerusi Plaza Tol Jalan Duta dijangka meningkat hujung minggu ini

“Ada antara mereka terdiri daripada kakitangan awam dan swasta serta mempunyai perniagaan yang sudah lama ditinggalkan berikutan pandemik COVID-19, dan ingin kembali bertugas selepas beberapa sektor yang dibenarkan sudah kembali beroperasi dari pejabat,” katanya seperti dilaporkan oleh Berita Harian.

Beliau turut berkata, kebanyakan yang melalui plaza tol itu adalah individu yang tinggal dan bekerja di Lembah Klang serta mereka yang terbabit dalam sektor penting negara.

Setakat ini, polis Kl telah merekodkan sebanyak 53,309 kenderaan melalui sekatan jalan raya (SJR) di Plaza Tol Jalan Duta menghala ke pusat bandar sejak 23 Mei lalu hingga semalam. Di mana plaza tol berkenaan adalah laluan utama yang digunakan oleh penduduk sekitar Lembah Klang untuk memasuki ibu negara dan kawasan berhampiran

“Sepanjang lima hari sejak 23 Mei, hanya satu kompaun dikeluarkan terhadap seorang pemandu kenderaan kerana melakukan kesalahan rentas negeri. Pemandu kenderaan berusia 30 tahun itu ditahan selepas didapati pergi ke Pulau Pinang dan kembali semula ke ibu negara tanpa sebarang surat kebenaran,” katanya.

Beliau berkata pemandu terbabit bakal dikenakan kompaun sebanyak RM1,000 atas kesalahan ingkar Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB).

Nak jual kereta anda? Jual dengan Carro.

10% discount when you renew your car insurance

Compare prices between different insurer providers and use the promo code 'PAULTAN10' when you make your payment to save the most on your car insurance renewal compared to other competing services.

Car Insurance

Izwaashura Sadali

Ledakan adrenalin dan impak maksima. Antara barisan ayat yang paling digemari apabila menggambarkan prestasi sesebuah jentera. Sebelum terlibat di dalam industri auto pada tahun 2011, dia sekadar gemar melihat sport rim tetapi kini lebih suka menerokai kehebatan sesebuah jentera itu.

 
 

Add a comment

required

required