Hyundai Santa Fe 2021 – bukan sekadar facelift, SUV ini dapat platform dan hibrid baharu, ada pilihan PHEV

Hyundai Santa Fe 2021 – bukan sekadar facelift, SUV ini dapat platform dan hibrid baharu, ada pilihan PHEV

Hyundai telah menyebarkan imej teaser bagi Hyundai Santa Fe 2021. Ternyata model facelift ini menerima rekaan hadapan yang lebih menyerlah berbanding model semasa generasi ke-empat, dengan menampilkan tiga tetingkat pencahayaan.

Malahan ia juga mengetengahkan perumah lampu nyalaan siang LED yang lebih nipis, dengan lampu berbentuk-T, dan secara pandangannya ia umpama disambung ke tetingkat bawah. Selain itu, kedua-dua belah bentuk-T juga seperti lampu utama projektor berkembar, yang kini ditampilkan sebagai sebahagian daripada gril.

Bercakap mengenai gril, Hyundai telah mendedahkan imej dua paten gril – satunya dengan gaya sambungan rantaian yang lebih kurang sama dengan gril model semasa. Dan satu lagi pula kelihatan seperti bentuk lata yang lebih menyerlah dan agresif.

Hyundai Santa Fe 2021 – bukan sekadar facelift, SUV ini dapat platform dan hibrid baharu, ada pilihan PHEV

Tapi ada yang lebih menarik tentang model facelift ini. Ia menawarkan “Integrated Architecture” dengan pilihan plug-in hybrid dan hibrid buat pertama kalinya bagi Santa Fe. Walau pun dianggap hanya menerima “peningkatan pertengahan hayat”, namun ia ditawarkan dengan platform baharu.

Pengeluar kereta Korea ini berkata Santa Fe baharu ini akan menjadi model Hyundai pertama di Eropah dan model SUV pertama secara global yang dibangunkan dengan platform kenderaan generasi ketiga serba baharu. Ia memberikan peningkatan yang lebih signifikan dalam segi prestasi, pengendalian dan keselamatan, termasuk menawarkan penjana kuasa elektrifikasi, seperti yang didakwa oleh syarikat ini. Apa yang disebutkan ini nampak gayanya lebih kurang sama dengan Kia Sorento 2021 generasi ke-empat yang didedahkan pada Mac lalu.

Selain “rekaan luaran yang karismatik”, Santa Fe akan datang ini juga menampilkan rekaan dalaman yang lebih terkini dengan “memberikan keselesaan yang lebih premium”. Ia dijadualkan akan berada di bilik pameran di Eropah bermula September ini, dan informasi selanjutnya akan didedahkan dalam beberapa minggu lagi.

GALERI: Hyundai Santa Fe 2020 di Malaysia

Nak jual kereta anda? Jual dengan Carro.

Certified Pre-Owned - 1 Year Warranty

10% discount when you renew your car insurance

Compare prices between different insurer providers and use the promo code 'PAULTAN10' when you make your payment to save the most on your car insurance renewal compared to other competing services.

Car Insurance

Izwaashura Sadali

Ledakan adrenalin dan impak maksima. Antara barisan ayat yang paling digemari apabila menggambarkan prestasi sesebuah jentera. Sebelum terlibat di dalam industri auto pada tahun 2011, dia sekadar gemar melihat sport rim tetapi kini lebih suka menerokai kehebatan sesebuah jentera itu.

 
 

Add a comment

required

required